Di Twitter, kata kunci “Tun M”, “Istana Negara”, dan “Malaysia” kekal trending sejak semalam. Apa sebenanya yang telah terjadi? Ternyata ramai pengguna laman Twitter masih terpinga-pinga dengan isu ini.

can someone tell me the story about Tun M from A to Z blur lah apa jadi kat malaysia sekarang ni hahahah— เทย์ทาวาฬ (@bibihajar_) February 23, 2020

Penat aku scroll pasal tun m ni oi takde kronologi apa jadi ke tak faham la— gei (@duhzyprexa) February 23, 2020

Terlalu banyak spekulasi liar yang berlegar-legar di suapan berita Twitter dibuat oleh warganet. Tindakan ini sepatutnya dihentikan kerana tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan perkara ini.

Hari ini, Tun M sekali lagi mengemparkan kita semua dengan berita perletakan jawatan beliau.

Kalau anda join WhatsApp Group keluarga besar anda, sudah semestinya salah satu daripada ahli group berkongsi audio rakaman suara yang menyatakan untuk duduk di dalam rumah dan elakkan aktiviti outdoor seperti membeli-belah dan bersiar-siar. Seperti yang dinyatakan, maklumat ini masih tidak sahih tetapi perlu diberi perhatian. Oleh itu, kami pihak Glamornyo menyarankan pembaca yang kami sayangi untuk mengurangkan aktiviti keluar rumah. Pastikan keselamatan ahli keluarga terjamin sehingga perkara ini mula reda.

slide-image

Diharapkan semua pihak bersabar dengan isu politik ini. Jaga keselamatan anda dan jaga kelakuan serta percakapan. Mulut yang “tiada insurans” dan sikap “palatau” (tahu semua perkara) perlu dielakkan supaya perkara ini tidak dikeruhkan. Follow dan like FB Page Glamornyo untuk stay up-to-date dengan isu-isu dan berita-berita viral dalam negara!

Leave a Comment on Parlimen Dibubarkan? Tun M Letak Jawatan? Apa Dah Jadi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *