Pen merah sangat sinonim dengan kerjaya guru di mana pen ini digunakan untuk menanda jawapan murid. Soalan cepumas ini juga sering dilontarkan kepada cikgu-cikgu di sekolah. Kita yang sudah berusia dan telah menamatkan zaman persekolahan mesti masih tertanya-tanya dengan fungsi pen ini, bukan?

Sumber: marything.wordpress.com

Pelajar kebiasaanya menggunakan pen biru atau pen hitam untuk menulis jawapan. Ini adalah kerana warna-warna tersebut berkontra dengan warna putih kertas. Warna-warna yang disebutkan juga selesa dilihat berbanding pen berdakwat cerah yang lain, lagi-lagi kalau jawapan yang ditulis panjang menjela. Cikgu-cikgu pun tidak pening kepala menanda jawapan pelajar apabila mereka menggunakan pen berdakwat biru atau hitam, setuju atau tidak cikgu-cikgu?

Berbalik kepada soalan tadi, kenapa cikgu tanda jawapan guna pen merah? Jawapan ini boleh dikatakan ‘basi’ tetapi itulah fungsinya. Guru-guru gunakan pen merah untuk berkontra dengan jawapan yang ditulis murid-murid. Pengunaan pen merah lebih memudahkan guru dan pelajar mengesan pembetulan dan semakan yang telah dibuat. Bayangkan kalau cikgu-cikgu guna pen hitam atau pen biru yang tak berkontra dengan jawapan pelajar, tak pening ke nanti?

Sumber: steemit.com

Mesti ada juga yang masih tertanya-tanya, kenapa mesti warna merah? Warna-warna pen yang kebiasaanya yang dijual di kedai-kedai buku ialah warna hitam, biru, merah, hijau, merah jambu, ungu dan coklat. Bayangkan begini, kalau guna warna gelap selain warna biru atau hitam, pilihan yang tinggal ialah coklat dan ungu. Warna tersebut tidak sesuai digunakan untuk semakan kerana tidak berkontra dengan warna biru dan hitam. Warna-warna cerah separti merah jambu dan kuning pula terlalu cerah sehingga semakan tidak dapat dibaca. Tinggalah warna hijau dan warna merah, yang kita sedia maklum warna merah lebih cerah warnanya berbanding warna hijau.

Diharapkan artikel kali ini dapat memuaskan hati pembaca. Admin tahu soalan ini seering berlegar-legar di minda muda kita dahulu, tapi apakan daya cikgu garang sangat. Jangan lupa like dan share artikel ini bersama-sama FB Page Glamornyo!

Leave a Comment on KENAPA CIKGU TANDA JAWAPAN GUNA PEN MERAH?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *