Sang Pencipta telah menetapkan bahawa setiap perkara diciptakan berpasangan. Tua lawannya muda, air the padanannya gula dan lelaki berpasangan dengan perempuan. Kita sedia maklum bahawa buah durian terkenal dengan gelaran “Raja” bagi keluarga buah tetapi adakah anda tahu tentang khasiat “Ratu” keluarga buah pula?

Sumber: goodhousekeeping.com

Buah durian apabila dimakan dalam kauntiti yang banyak akan menyebabkan kenaikan suhu badan, badan berpeluh dan aliran darah menjadi deras. Selain daripada meminum air yang dituang ke dalam pangsa durian, “Ratu” buah boleh dimakan untuk meredakan kepanasan badan.

Sumber: food.detik.com

“Ratu” yang dimaksudkan ialah buah manggis. Berwarna ungu dan berbentuk bulat, buah ini boleh didapati bersama-sama dengan buah durian kerana musim kedua-dua buah tersebut masak ranum adalah sama. Sebab itu buah durian dan buah manggis sering dijual pada musim yang sama kerana “Raja” dan “Ratu” mana boleh berpisah!

Sumber: budidaya-buah-tin..blogspot.com

Selain daripada menurunkan suhu berlebihan badan, buah manggis juga efektif menurunkan berat badan. Buah ini juga meningkatkan insulin dalam badan untuk penstabilan gula dalam darah. Vitamin C di dalam buah ini menjamin peningkatan sistem imunisasi badan dan kaya dengan antioksidan. Ekstrak buah manggis dapat mengatasi masalah kulit apabila diambil secara konsisten. Jadi, anda tidak perlu berbelanja besar untuk melicinkan kulit.

Sumber: marriage.com

Hidup berpasangan ada asam garamnya kerana setiap perkara yang Tuhan cipta ada hikmahnya tersendiri. Oleh itu, kurangkan konflik apabila berumah tangga kerana setiap pasangan perlu melengkapi antara satu sama lain, sama seperti buah durian dan buah manggis. Jangan lupa kongsikan pengetahuan ini dengan rakan-rakan anda dan teruskan menyokong halaman FaceBook kami, Glamornyo!

Leave a Comment on RAJA DAN RATU BUAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *