Di musim PKP ni ramai suri rumah dan juga kaum lelaki yang ambik peluang untuk melalukakn akiviti yang sihat ini dirumah. Apakah itu?Bercucuk tanam lah, aktiviti yg sihat keluar peluh sambil2 terapi mata dan minda bila melihat pokok-pokok yang menghijau. Jangan risau kalau rumah tiada halaman. Anda boleh start di balkoni rumah, yang penting ada kemahuan.

Kali ini Min GlamorNyo nak share 7 tips paling utama untuk memulakan berkebun ini.Please take note ya.

1) MINAT DAN KESUNGGUHAN

Hobi bercucuk tanam ini macam membela haiwan peliharaan kerana anda perlu ada minat dan kesungguhan untuk siram dan belai tanaman anda setiap hari.Bukan tanam dan tinggal ya, Mati nanti2 pokok-pokok tu. kesian dia. Tak baik buat mcm tu. Jadi jika anda dah lepas Langkah 1 ni dan boleh lah ke langkah seterusnya.

2)CARI TEMPAT YANG ADA CAHAYA

Terima hakikat bahawa hidup di rumah flat tidak menjaminkan tempat kita bercucuk tanam sentiasa dapat cahaya.Itu cabaran utama.Apa yang kita boleh buat adalah mencari lokasi di rumah sama ada di balkoni dapur atau hadapan rumah yang ada cahaya pagi atau petang.Jika balkoni dapur kita menerima cahaya, ini satu peluang untuk kita berkebun. Cahaya sekitar empat hingga lima jam memadai untuk sayuran berdaun seperti kangkung, sawi, bayam, kailan dan herba.

3) PILIHAN BEKAS YANG RINGAN

Pilihlah pasu yang ringan dan mudah dibawa. Jangan lah kita nampak jualan murah pasu tanah liat, jadi kita pun ingin pergi memborong. Kalau kita letak pasu tanah liat itu di balkoni. Kemudian nak dijadikan cerita terjatuh. Nak dijadikan cerita lagi ada pula orang bawah tu. Aduh!Panjang Cerita pulak.Jadi nasihat saya, beli lah pasu plastik. Serius murah. Kita boleh dapatkan terus di kedai RM2. Sekarang kedai RM2 tumbuh bakkan cendawan. Pelbagai saiz yang ada.Nak kreatif? Nah guna lah botol. Botol ni guna botol minuman atau gred makanan.

4) PILIHAN MEDIUM YANG RINGAN

Bagi orang yang bercucuk tanam di rumah atas awan. Pilihan terbaik adalah menggunakan campuran medium yang ringan.Antara bahan yang sering digunakan dalam campuran tanah adalah pasir. Pasir boleh digantikan dengan sekam bakar, perlit ataupun vermikulit.Jika ke kedai pertanian atau nurseri pokok, kita pilih media yang ringan. Biasanya tanah campur 6 in 1 sesuai.

5) LAPIK PASU

Lapik pasu ini antara perkara penting. Terutama kita yang tinggal di tingkat atas. Kasihan jiran apabila ada air menitik dari atas. Apatah lagi jika kita ada pasu di hadapan rumah.Tambahan lapik pasu mengelakkan air mengalir di atas lantai.Walaupun begitu, silalah keringkan air di lapik takungan itu setiap hari atau dua-tiga kali seminggu. Kita tidak mahu mengundang nyamuk untuk bertelur pula.

6) TANAM SECARA BERTINGKAT (VERTIKAL)

Tanaman bertingkat dapat mengatasi masalah ruang terhad. Boleh mula beli rak bertingkat untuk letak pasu. Tidak perlulah tinggi. Sekitar 2-3 tingkat memadai.Mana nak dapat? Cuba lihat di Shopee atau Lazada. Atau pergilah Tesco. Biasa saya nampak pasaraya ini buat jualan. Harga bermula RM50 sehinggalah RM200.Jenis rak ini pilih yang besi. Jangan kayu macam plywood sebab mudah kembung jika terkena air.

7) BERSEDEKAH ATAU BERKONGSI HASIL TANAMAN DENGAN JIRAN

Rezeki hasil tuaian itu eloklah kita sedekah sesama jiran. Tak termakan punya untuk kita sekeluarga.Lagi banyak kita sedekah, lagi banyak rezeki kita akan dapat, insya-Allah. Okay itu saja Langkah paling penting untuk memulakan Tanaman atas awan ini ya. Di artikel selanjutnya min akan ceritakan jenis tanaman yang sesuai pula dan juga tips penjagaan. Boybye jumpa lagi. Cuba jangan tak cuba. Aktiviti sihat ini.

Leave a Comment on 7 LANGKAH UTAMA BERCUCUK TANAM DI BALCONY RUMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *