Hai semua, Apa khabar penyokong setia page GlamorNyo? Yang Tengah duduk menghadap laptop tu cuba anda pegang belakang anda. Ada rasa sakit belakang tak? Mesti ada rasa kan.Ha ada sebab tau kenapa boleh sakit.Hari ini GlamorNyo nak share sikit mengenai Sakit belakang ,ia merupakan kes yang paling kerap dialami oleh pekerja pejabat. Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan dan kadangkala di bahagian kaki.

Postur yang salah merupakan salah satu sebab terjadinya sakit belakang. Apabila seseorang itu duduk atau berdiri terlalu lama tanpa mengamalkan postur yang betul ianya akan menyebabkan tekanan yang diterima oleh tulang belakang tidak sekata. Lama-kelamaan ini akan memberi kesan yang buruk kepada otot-otot, sendi, dan juga “spinal disc”.

Oleh kerana itu adalah amat penting untuk kita menjaga postur ketika duduk, berdiri, berjalan dan juga tidur. Selain mengamalkan senaman yang bersesuaian untuk mengurangkan sakit belakang, penggunaan bantal sokongan ketika duduk (seat support cushion) sedikit sebanyak dapat membantu pengguna duduk dengan lebih baik dan selesa.Bestmade Back Support Seat Cushion direka khas untuk memberi keselesaan kepada pengguna terutamanya apabila perlu duduk dalam tempoh yang lama.

“Bestmade Back Support Seat Cushion” merupakan bantal sokongan yang mempunyai ciri-ciri memory foam (keupayaan untuk kembali kepada bentuk asal) yang akan membuatkan pengguna berasa lebih selesa. Uniknya produk ini ianya mempunyai pad penyejuk (cooling gel pad) yang akan mengurangkan haba kerana duduk terlalu lama dan membuatkan pengguna berasa lebih selesa. Sarung “Bestmade Back Support Seat Cushion” ini dibuat daripada jenis kain yang berkualiti tinggi yang akan membantu pengaliran pengudaraan yang lebih baik. Sarung ini mempunyai “anti-slip rubber” yang akan memastikan ianya tidak akan jatuh dari kerusi apabila digunakan. Ianya juga boleh dibuka dan dibasuh.

Ianya amat membantu terutamanya mereka yang mempunyai sakit di tulang punggung (tail bone pain) kerana bentuk “Bestmade Back Support Seat Cushion” ini berbentuk “U” dan ianya akan mengurangkan tekanan kepada tulang punggung (tail bone) apabila duduk. Selain itu, ianya juga sangat ringan, mempunyai pemegang dan boleh dilipat serta dimuatkan di dalam beg. Ianya akan memudahkan anda membawanya kemana sahaja.

Haa kali ini anda untung, sebab GlamorNyo nak bagi je as Freegift. Cara nak sertainya mudah saja, Pergi ke Facebook , cari post pertandingan ini, share dan tag kepada 5 rakan facebook anda. Dan jangan lupa Like page Glamornyo, itu adalah svarat utama untuk anda menang.

Leave a Comment on CARA HILANGKAN SAKIT BELAKANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *