(Sumber: theconversation.com)

Bibir kering dan merekah merupakan masalah yang sering dihadapi oleh lelaki mahupun wanita di serata dunia. Masalah ini dirasakan sebagai satu masalah yang amat serius terutamanya bagi golongan Wanita. Mana tidaknya, bila bibir kering, nanti mesti bibir merekah dan bila dah merekah, pakai gincu mesti akan kelihatan tidak menarik. Tetapi anda jangan risau, mari kita belajar sedikit ilmu bagaimana untuk mengurangkan masalah ini.

Bibir kering dan merekah ini sering dikaitkan dengan cuaca panas atau udara kering, sebagai contoh ketika berada di dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk dalam tempoh yang lama. Namun begitu, antara punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya bibir kering seterusnya menyebabkan bibir merekah ini adalah kerana

  • Sering membasahkan bibir dengan air liur dengan lidah
  • Sering mengupas kulit bibir yang kering
  • Penggunaan bahan yang boleh mengeringkan bibir seperti ‘menthol’, ‘camphor’ dan ‘salicylic acid’
  • Penggunaan gincu atau ‘lipbalms’ yang tidak sesuai dengan bibir
  • Tidak mencuci gincu dengan bersih
  • Bibir terdedah kepada cahaya matahari
  • Kurang air di dalam badan atau dehidrasi
  • Kerana bibir tidak mempunyai gelenjar minyak seperti di muka untuk sentiasa kelihatan basah

Mesti anda tertanya-tanya bukan kenapa basahkan air liur boleh mengeringkan lagi bibir sedangkan air liur kan boleh basahkan bibir? Baik, mari saya ceritakan secara ringkas bagaimana air liur boleh mengeringkan bibir. Air liur mempunyai satu enzim atau ‘enzyme’ yang dikenali sebagai enzim pencernaan atau ‘digestive enzyme’ yang boleh merapuhkan kulit bibir. Apabila kulit bibir rapuh dan merekah, maka kelembapan bibir akan berkurang serta mudah menjadi keradangan di bahagian bibir. Ditambahkan lagi dengan punca-punca lain seperti yang disebutkan di atas, ianya akan menyebabkan bibir anda akan menjadi lebih kering dan tidak sihat.

Dah la bibir tak sihat, kering dan mengelupas, anda pula mengopek kulit bibir yang mengelupas tu, semakin tidak sihat laa bibir anda. Bukan itu sahaja, bila anda mengupas kulit bibir, akan berlaku keradangan di bibir anda. Hal ini akan meningkatkan lagi risiko untuk mendapat jangkitan kuman. Kan dah menjadi masalah yang lagi besar dan serius tu. Jadi, elakkan dari membasahkan bibir dengan air liur serta mengupas kulit bibir anda jika anda mahu bibir anda menjadi sihat.

Baiklah, sekarang mari kita belajar bagaimana untuk mendapatkan bibir yang sihat dan kelihatan cantik. Antara perkara-perkara yang anda wajib praktikkan adalah:

  1. Elakkan dari membasahkan bibir dengan air liur. Bagi sesetengah orang, perbuatan ini sudah pun menjadi ‘habit’ kepada mereka. Namun begitu, ‘habit’ ini perlulah ditukar agar bibir anda kelihatan sihat.
(Sumber: skinps.com)

2. Elakkan dari megupas kulit bibir yang mengelupas.

(Sumber: wikihow)

3. Memakai pelembap bibir atau ‘lip balm’ ketika bibir kering. Pelembap bibir yang mengandungi ‘petrolatum’, ‘dimethicone’, ‘ceramides’ and ‘shea butter’ adalah disarankan kerana masing-masing boleh mengekalkan kelembapan bibir serta mengurangkan bibir merekah.

4. Memakai pelembap bibir yang mempunyai SPF untuk melindungi bibir dari terkena cahaya matahari. Selain itu, pelembap bibir yang mempunyai SPF juga dapat mengurangan bibir yang hitam.

(Sumber: drjetskeultee.com)

5. Minum air yang mencukupi untuk meningkatkan kandungan air dalam badan. Minum air juga bukan sahaja dapat mencantikkan bibir, malah ianya juga dapat mencantikkan kulit muka anda.

(Sumber: thevocket.com)

Walaupun perkara-perkara yang di sebutkan di atas adalah perkara yang biasa kita dengar, namun ramai diantara kita yang tidak mengamalkan perkara-perkara yang disarankan ini. Jadi untuk mendapatkan bibir yang sihat dan menawan, anda hendaklah sentiasa konsisten. Namun, jika anda mempunyai masalah bibir yang serius seperti keradangan atau jangkitan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doctor di klinik atau hospital yang berdekatan.

Rujukan:

Chapped Lips, Webmd (n.d.)

Art of prevention: Practical interventions in lip-licking dermatitis, NCBI (2020)

Leave a Comment on PUNCA DAN PETUA MERAWAT BIBIR KERING DAN MEREKAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *