Cuba bagi tau Miss Glamornyo siapa kata barangan yang mahal sahaja boleh cantikkan rumah anda? Sebenarnya cantiknya sesuatu dekorasi itu terletak pada kreativiti anda menghiasnya.Betul tak apa MIss G kata? Kalau memang anda jenis kreatif macam-macam barang anda boleh gunakan untuk dihiaskan menjadi cantik. Jadi hari ini Miss G mahu berkongsi 15 barangan kedai eco yang boleh jadikan rumah anda cantik!

Tak perlu tunggu bajet cukup RM100 baru anda mula untuk mendekorasi. Guna bajet bawah rm 50 pun mampu tau! Jom sama-sama kita ikuti perkongsian 15 Barangan Kedai Eco ini.

Barangan Kedai Eco :

 1. Troley bergerak diy,kena DIY sikit lah dibahagian frame dan boleh juga tambah roda di bahagian bawah, senang untuk angkut barang-barang atau bahan memasak yang nak digunakan, tak adalah anda lenguh kaki berpusing ke sana ke sini dekat dapur nanti

2. Rak kreatif untuk menghiasi dinding rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah hot glue gun untuk mencantumkan bakul-bakul seperti dibawah.Susunan bakul itu sila Ikut kreativiti masing-masing yer.Miss G sukakan pattern bentuk sarang lebah gitu, jadi miss G susannya dengan mendarat kebawah.

3.Rak mainan anak-anak menggunakan bakul Rm2 yang telah diubah suai. Apa yang anda perlukan hanyalah pisau dan juga cable tight, Potong sedikit dibahagian depan bakul dan camtungkan dua bakul itu untuk dijadikan bekas.

4. Diy Lampu dinding.Lampu dinding ini sebenarnya adalah bekas letak pensil tetapi apabila anda terbalikkannya dan tebuk lubang dibahagian bawah dan ia boleh dijadikan lampu dinding. Apa yang anda perlukan hanyalah pisau dan hot glue gun untuk lekatkan bekas itu pada mentol lampu dinding.

5.Sarung Bantal dari pengelap kaki. Beli pengelap kaki RM2 ni banyak-banyak dan potong sedikit dibahagian bucu dan masukkan kapas gabus bantal untuk buat bantal-bantal diy yang cun.last sekali hanya perli jahit dibahagian hujung bantal dan taraaaa. Bantal kecil untuk sofa anda. Kreatif dan yang penting murah lah yer..hehe

6. Tinted tingkap untuk privacy anda.sticker ini dijual tujuanya adalah untuk dilekatkan dibuku atau pun untuk buat alas meja.Tetapi pernah anda terfikir untuk lekatkan di tingkap untuk privacy anda?Sticker pada tingkap untuk lindungi anda dari diperhati dari luar . Sangat-sangat patut dibeli kalau pergi ke kedia Eco.Miss G hanya perlukan gunting untuk potong stiker ini mengikut keluasan tingkap anda dan buka gam dibahagian belakangnya dan lekat.. Taraaa.. Cantik kan.

Itu sahaja perkongsian Miss G untuk hari ini. diharap dapat membantu anda yang ingin berjimat dalam berbelanja dengan hanya bermodalkan rm 2 sahaja setiap barangan yang dibeli. Selamat mencuba!

Leave a Comment on 6 Barangan Kedai Eco berguna untuk rumah anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *