Sektor Perniagaan Pulih Dengan Pelonggaran Sekatan Perjalanan.

Gambar sumber: J.Lekavicius

Miss Glamornyo tahu, kebanyakkan perniagaan tidak kira peniaga kecil ataupun besar pasti akan terkesan ketika waktu PKP ni kan. Yelah mana taknye, satu Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri dan itulah faktor utama yang menyebabkan peniaga kecil dan besar juga terjejas. Okay ini adalah berita baik untuk anda semua yang bergelar peniaga.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan dimana prestasi sektor perniagaan mula pulih menjelang suku kedua 2021 berikutan pelonggaran sekatan pergerakan.

Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2021, jumlah syarikat yang berisiko telah berkurang daripada kadar tertinggi sebelum ini yang dicatatkan pada 2020.

Namun ia lebih tinggi daripada paras purata sebelum pandemik disebabkan oleh cabaran yang terus dihadapi oleh syarikat dalam sektor yang terjejas lebih teruk akibat sekatan pergerakan.Leveraj perniagaan keseluruhan juga telah bertambah baik sejajar dengan pembayaran balik hutang yang lebih tinggi oleh syarikat.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan semula langkah membendung yang lebih ketat di seluruh negara menjelang akhir suku kedua 2021 boleh menyaksikan peningkatan kewangan ini tertangguh, terutamanya dalam kalangan syarikat yang lebih kecil dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan serta memanjangkan tempoh kesukaran yang sememangnya telah menimbulkan cabaran kepada syarikat dalam industri berkaitan pelancongan.

Keadaan ini boleh mengakibatkan tekanan semula terhadap keupayaan membayar balik hutang oleh syarikat yang lebih terjejas.BNM berkata, program bantuan bayaran balik pinjaman serta langkah sokongan oleh kerajaan dan BNM setakat ini telah membendung sebarang peningkatan kes kegagalan bayaran balik pinjaman yang ketara.

Bantuan aliran tunai daripada bayaran balik pinjaman tertunda membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menghadapi pelaksanaan semula sekatan kawalan pergerakan dengan lebih baik, di samping kesan positif daripada langkah penjimatan kos dan penggunaan teknologi digital yang meningkat.

Selaras dengan itu, bahagian pinjaman PKS yang dinilai berisiko kredit lebih tinggi oleh bank kekal sederhana secara relatif walaupun terdapat peningkatan dalam PKS yang memohon bantuan bayaran balik pinjaman dalam beberapa bulan kebelakangan ini.Bank juga terus memberikan pinjaman kepada PKS yang berdaya maju dengan pelbagai skim jaminan pembiayaan yang terus tersedia bagi melengkapkan pemberian pinjaman langsung bank kepada segmen berkenaan.

BNM menyatakan syarikat bersaiz lebih kecil dan sederhana terus mengekalkan penampan mudah tunai yang lebih besar sebagai langkah berjaga-jaga untuk menangani ketidakpastian persekitaran operasi yang berterusan.

Deposit perniagaan keseluruhan meningkat sebanyak 3.5 peratus sementara median nisbah tunai kepada hutang jangka pendek (CASTD) kekal melebihi purata 2015-2019 merentasi kebanyakan sektor.Syarikat juga terus berhati-hati dalam mengambil hutang tambahan memandangkan prospek ekonomi yang tidak menentu.

Permohonan pinjaman perniagaan terus menguncup pada kadar yang sama seperti yang dicatatkan pada 2020, manakala bayaran balik pinjaman mengatasi paras sebelum pandemik dengan peningkatan yang kukuh sebanyak 22 peratus berbanding -4.1 peratus pada 2020.

Leave a Comment on Sektor perniagaan pulih dengan pelonggaran sekatan perjalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *