Kisah Jutawan INTERNET Yang Masih Muda

Assalamualaikum and Hi korang, untuk artikel kategori Inspirasi Kejayaan kali ini, Miss G nak kongsikan kepada anda semua sebuah kisah yang agak menarik dimana kisah seorang pemuda yang berjaya hanya dengan menggunakan Alam Maya atau lebih dikenali sebagai internet untuk menjalankan perniagaan berasaskan internet. Jom ikuti Kisah yang Miss G nak ceritakan hari ini. Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500, seorang pemuda bernama Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun, sudah pun bergelar seorang jutawan.

Siapa sangka beliau seorang jutawan jika dilihat dari segi penampilannya yang ringkas dengan mengenakan kemeja T berlengan panjang tanpa sebarang aksesori ini. Miss G pasti tidak ramai yang mengenali Irfan Khairi ini.

Beliau yang merupakan graduan dari Universiti Staffordshire, Britain, pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd.

Ketika bekerja di syarikat itu, beliau yang merupakan seorang pereka sistem multimedia dan perunding internet, telah mencipta satu sistem pembelajaran alam maya yang telah digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain pada ketika itu, yang dikenali sebagai Learning Grid.

Pencapaian beliau dalam mencipta sistem itu begitu membanggakan. Akan tetapi, Irfan Khairi yang lebih mesra dipanggil Irfan ini ternyata masih kurang berpuas hati dengan pencapaian itu. Pada tahun 1999, beliau telah memulakan perusahaannya sendiri dengan berlandaskan minatnya di dalam bidang internet dan perniagaan.

Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan]. Lepas habis belajar di UiTM, saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia.”

Sejak dari itu, beliau sentiasa bekerja keras untuk mencipta sesuatu yang baru menggunakan kemahiran rekaannya untuk dijadikan sumber pendapatannya. Menurut Irfan, jika beliau bekerja dibawah syarikat lain, beliau tidak akan dapat meningkatkan sumber pendapatannya. Oleh yang demikian, Irfan tekad untuk membuka syarikatnya sendiri.

Syarikat miliknya menawarkan perkhidmatan mereka-bentuk laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran. Perkhidmatan ini telah digunakan oleh lebih kurang 3,000 pelanggan dari serata dunia.

“Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ, lebih kurang enam tahun lalu dan tiga tahun kemudian, saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama.”

Menurutnya, beliau sudah menanam matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum berumur 30 tahun sejak berusia 18 tahun lagi. Beliau yakin bahawa beliau boleh mencapai kerana beliau merupakan seorang yang bermotivasi tinggi serta berdisiplin.

“Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fikir ianya sesuatu yang cepat.”

Namun begitu, Irfan tidak hanya mengumpul kekayaan sahaja tetapi turut menitikberatkan aspek etika kerja, kualiti serta usaha gigih. Hal ini kerana, menurut beliau, seseorang mampu menjadi jutawan dalam apa jua industri, asalkan mempunyai ilmu dalam bidang yang diceburi serta meningkatkan potensi diri dan bukan hanya untuk mengumpul kekayaan semata-mata.

“Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik kalau macam itu, tiada kesudahannya.”

Kesimpulannya, Miss G nak cakap sikit je dimana “Jika ada usaha, pasti ada kejayaan.” Semoga artikel kali ini memberi motivasi dan inspirasi kepada anda semua para pembaca page Glamornyo.

Leave a Comment on Kisah Jutawan INTERNET Yang Masih Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *