Aktiviti “Flash Cards” ( 2 tahun hingga 6 tahun)
Sumber: lookwerelearning.com, Stock Photos dan mrprintables.com
Sweetkan ibu dan anak ini? Hubungan yang mesra antara ibu dan anak boleh terjalin apabila masing-masing berkomunikasi antara satu sama lain. Permainan flash cards adalah permainan yang merangsang minda si kecil anda. Tunjukkan kad yang berilustrasi supaya mereka boleh meneka dan mencuba untuk mendapatkan jawapannya. Permainan ini sesuai dimainkan bersama kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke bawah kerana otak mereka masih fresh dan sedia untuk menerima maklumat baru. Flash cards dibeli di kedai buku mahupun supermarket ataupun boleh dibuat sendiri di rumah tanpa mengeluarkan modal yang berlebihan. Search jer “printable flash cards” kemudian pilih kad-kad yang sesuai.
Permainan Tradisional (5 tahun hingga 12 tahun)
Sumber: blog.tourism.gov.my dan lelong.com.my
Siapa jer yang tak legend bermain congkak dan batu seremban masa kecil dahulu? Penulis bermain congkak dengan pakcik saudara penulis dahulu yang mengelat sorokkan beberapa biji guli antara jari-jemari yang besar gedabak. Menangis-nangis penulis frust menonggeng sebab asyik kalah jer. Zaman sekarang, memang susah nak nampak papan congkak dalam rumah sesiapa pun. Paling mengecewakan apabila ditanya tentang congkak kepada anak muda, mereka mulalah buat muka seposen, tak tahu apa-apa mengenai permainan tradisional. Kalau bertanyakan tentang permainan video kegemaran mereka, laju jer menjawab. Haa, inilah masanya untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak anda. At least, anda bolehlah tunjuk skills anda bermain permainan tradisioanal kepada anak-anak anda, percayalah, mereka mula menunjuk minat untuk “menuntut” ilmu. Nanti bolehlah anda join sekaki bermain dengan mereka. Lepas rindulah katakan.
Lakukan Kerja-Kerja Rumah Bersama (sesuai untuk semua lapisan umur)
Anak-anak akan menjadi excited apabila ibu bapa mereka mempelawa mereka untuk melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama. Kerja rumah seperti membakar kek, berkebun, ,mencuci kereta dan berkelah sememangnya membuatkan mereka tidak duduk diam. Sebenarnya mereka cravingkan pengembaraan dan “bereksperimen” dalam kehidupan penuh riang mereka. Anda sebagai ibu bapa seharusnya berupaya mencari dan menjayakan aktiviti yang menarik dan menitikberatkan penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti. Dengan cara ini, anda akan melihat corak perubahan hidup mereka – daripada mobile phone addict kepada kanak-kanak normal yang gembira – enjoying their chidhood.
Ibu bapa, pantaulah aktiviti anak-anak anda. Ambil peduli tentang pengunaan teknologi yang mereka gunakan dan selalulah menjenguk menanyakan khabar mereka. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. Ibu bapa yang mengabaikan anak mereka socially, akan membentuk anak yang tidak mendengar kata dan kuat memberontak. Kecenderungan untuk menjadi “budak nakal” juga perlu dipertimbangkan kerana takkanlah setiap bulan anda perlu dipanggil masuk ke bilik guru disipin untuk settlekan masalah anak-anak anda. Curi sedikit masa untuk bersama mereka setiap hari dan curahkan kasih sayang anda. Ingat, harta kekayaan tidak akan membawa manfaat di alam kubur (tak boleh bawa masuk pun duit juta-juta ke dalam kubur), tetapi titipan doa daripada anak-anak soleh dan solehah akan membantu anda kelak.
P/s: Pedophile semakin galak mencari mangsa-mangasnya, terutama anak-anak kecil untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa seterusnya!