Pasti bekas kekasih anda pernah memewahkan anda dengan segala macam jenis hadiah sepanjang hubungan “percintaan” yang pernah terjalin suatu ketika dahulu. Anda mesti sedang berfikir. “Patut ke aku buang atau bakar hadiah-hadiah ni?” Jawapanya, JANGAN!
Inilah masanya untuk anda luangkan masa anda kepada perkara yang anda minat, meluaskan kreativiti anda dan melakukan aktiviti bermanfaat selain daripada mencari pasangan baharu. Jika ada yang matching dengan barangan yang disenaraikan dibawah, tahniah kerana bekas kekasih anda pernah mencintai anda sepenuh hati suatu ketika dahulu. Meh sini Min ajar cara nak ber DIY.Berikut merupakan hadiah yang boleh ditukarkan kepada barangan kraf.

Beg Tote Seluar Jeans

Sumber: alldaychic.com

Langkah 1:
Anda hanya perlu potong seluar jeans anda kepada stripes dan anyam menjadi segi empat tepat.

Langkah 2:
Lipat kepada dua bahagian dan jahit setiap stripes antara s atu sama lain. Gunakan waistline sebagai pemegang.

Langkah 3:
Sekiranya ada poket yang lebih, jahitkan di luar bag tote anda untuk menambah ruang dan jadikanya sebagai tempat penyimpanan telefon bimbit, jam, earphone, dompet dan segala aksesori kecil anda.

Sarung Bantal Fringed

slide-image
slide-image

Sumber: diynetwork.com

Hasil yang cantik daripada usaha yang mimimum. Anda hanya perlu memotong kedua-dua belah baju t-shirt mengikut ukuran bantal. Kemudian potong di setiap penjuru dan setiap sides baju tersebut menjadi stripes atau rumbai yang dikenali sebagai fringes. Ikat setiap belah baju dengan ikatan simpul mati. Apabila ikatan separuh siap, sumbat bantal ke dalam sarung dan teruskan mengikat. Akhirnya, terhasilah sarung bantal yang tidak perlu dijahit.

Pencil Case Teddy Bear

slide-image
Sumber: giftmandu.com

Mesti kekok untuk bermain dengan anak patung beruang apabila usia anda sudah lanjut, bukan? Bekas pensil adalah universal – boleh dibawa ke sekolah, tempat kerja dan dihadiahkan semula kepada adik atau kenalan yang lebih muda untuk dimanfaatkan. Kalau anda dihadiahkan dengan teddy bear yang lebih besar, anda boleh mengubahnya menjadi baju sejuk bayi atau baju sejuk anda sendiri yang comel. Pastikan stuffing di dalam patung beruang dikeluarkan sebelum memulakan sebarang projek kreatif anda.

Organizer Gift Box

slide-image
slide-image

Sumber: Google Image

Kebiasaanya, setiap hadiah pasti akan disimpan dan dibungkus di dalam sebuah kotak. Kepada mereka yang masih menyimpan kotak-kotak tersebut bolehlah menukarkan setiap kotak menjadi organizer yang akan menyimpan segala barangan supaya kelihatan tersusun. Kotak yang besar, seperti kotak kasut boleh didekorasi menjadi lebih cantik dan ditukar fungsinya menjadi rak kasut. Kotak yang lebih kecil pula lebih sesuai dijadikan sebagai tempat penyimpanan aksesori.

You is your own limit. Luaskan kreativiti anda dengan mencuba perkara baharu seperti terlibat dengan projek D.I.Y. Aktiviti sebegini dapat mengurangkan stress dan membolehkan anda untuk move on. Ingat, every trash is someone else cash.Jangan jadikan kisah percintaan dahulu menjadi penghalang dan down kan semangat untuk anda maju ke hadapan, sebaliknya tukarkan mereka menjadi sesuatu yang berguna dalam hidup anda.

Leave a Comment on Hadiah Ex Kekasih tukar ke DIY project

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *