“Dah orang sebelah tak tegur aku, apahal aku pulak yang kena terhegeh-hegeh tegur dia?” Persoalan negatif ini patut dihapuskan untuk membina hubungan yang harmoni dengan jiran tetangga. Apa kata anda yang memulakan dahulu langkah-langkah positif ke arah kesefahaman berjiran? Cuba lihat tips-tips di bawah, mana tahu anda boleh merapatkan silaturahim dengan jiran anda yang “over” dan dapat mengubah persepsi masing-masingkan ?
Share Makanan
Perut kenyang, hati pun senang. Lain kali kalau anda sedang memasak makanan yang sedap-sedap, jangan lupa jiran-jiran terdekat yang menghidu bau masakan anda itu. Masaklah lebih sedikit dan khaskan sebuah mangkuk tingkat atau bekas penyimpanan plastik khas untuk setiap rumah. Barulah ikatan boleh terjalin. Semasa exchange makanan tu, inilah masanya “membawang” dan bertanya khabar, barulah “ngam”.
Tolong Jaga Rumah Jiran
Semasa public holidays, khususnya Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, jiran anda mesti balik kampung. Apa kata anda volunteer menjaga rumah mereka semasa pemergian mereka? Tugas-tugas yang senang seperti menyiram pokok bunga sekiranya jiran anda minat bercucuk tanam, memberi makan haiwan peiharaan mereka dan menjaga keselamatan rumah daripada kes rompak dan curi. Senangkan? Tugas yang kecil tetapi sangat memberi kean kepada jiran-jiran anda.Jangan tanya kenapa nama anda dicalonkan di dalam kategori anugerah Jiran Terbaik Dalam Taman Perumahan nanti.
Hormat-Menghormati Privasi
Sekiranya di dalam rumah jirran anda ada anak kecil, janganlah main “press-press” motosikal atau ekzos kereta anda di perkarangan rumah. Terkejut beruk budak tu nanti. Perlahankan juga sebarang peralatan elektronik yang mengeluarkan bunyi seperi televisyen dan radio. Tips ini sangat sesuai dipatuhi oleh penduduk kawasan rumah teres yang dindingnya bercantum dengan rumah yang lain. Kalau jiran bergaduh dengan salah seorang ahli keluarga di dalam rumahnya, janganlah anda “pasang telinga” mendengar setiap butir perincian amarah mereka dan “membawang” dengan jiran yang lain. Anda suka ke periuk nasi anda dicanang ke seluruh pelusuk tanah air?
Pertimbang Keselesaan Jiran
Yang membela haiwan peliharaan dan turut ditujukan kepada yang “membela”, kurunglah mereka di dalam sangkar tepat pada waktunya. Janganlah dibiarkan peliharaan anda membuang najis di persekitaran dan perkarangan rumah orang lain dengan alasan haiwan perlu hidup bebas. Ajar mereka menggunakan litterung box jikalau perlu. Tong sampah anda yang sudah diangkut sampahnya itu, rajin-rajinkanlah dibersihkan. Bau busuk yang tidak menyenangkan dihiasi dengan keadaan rumah anda yang tidak bersih akan menjadi faktor penolak jiran-jiran bertandang ke rumah anda. Kemaskan rumah dan jaga kebersihan! Jangan lupa, underwears dan innerwears anda yang tidak menyenangkan dilihat perlu digantung dan dijemur di tempat yang sedikit tertutup.
Amalan Ziarah-Menziarahi
Jangan biarkan amalan ini relevan digunakan pada musim perayaan sahaja. Luangkan sedikit waktu petang anda bertanyakan khabar jiran-jiran setempat dan ambil tahu tentang keberadaan dan kewujudan mereka. “Korek” salahsilah keluarga mereka dan soal selidik tentang latar belakang mereka, barulah anda boleh mendapat gambaran bagaimana untuk kekalkan hubungan baik anda dengan jiran anda. Sekiranya anda masih gugup untuk memulakan inisiatif inii, ambil peluang menziarah dan meraikan jiran anda semasa Perayaan Tahun Baru Cina ini. Anda semestinya boleh menjadi seorang jiran yang baik kepada jiran-jiran anda yang lain. Sekiranya anda sudah “kaw tim” dengan jiran tetangga anda, kekalkan hubungan yang teah terjalin manakala yang masih belum memulakan sebarang langkah, pertimbangkan untuk mencuba tips-tips di atas. Anda ada sebarang kisah yang anda ingin kongsikan berkenaan dengan jiran anda? Tuliskan pengalaman anda di ruangan komen supaya menjadi teladan bersama-sama.