Selebriti terkenal yang acap kali dikaitkan dengan kontroversi, Kylie Jenner merupakan seorang personaliti media. Beliau juga turut terkenal dengan penampilanya di dalam rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians sejak tahun 2007 dan merupakan pemilik syarikat kosmetik Kylie Cosmetics.
Baru-baru ini, beliau diserang dengan spekulasi liar di mana beliau dituduh sebenarnya tidak endah dengan kepupusan haiwan yang sedang melanda di Australia. Beliau pada mulanya “seakan-akan” risau dan menyalurkan perasaan simpati di Instagram Story miliknya pada keadaan yang melanda di Australia dengan dengan cara mengulang siar Instagram Story milik kakaknya, Kim Kardashian dengan kapsyen “this breaks my heart…” . Tidak lama selapas Instagram Story tersebut dimuatnaik, beliau turut memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan sepasang selipar berwarna merah jambu yang matching dengan warna kuku-kuku kakinya.
Perkara ini menarik perhatian salah seorang pengguna Twitter yang bertindak sebagai seorang perisik, membuat kajian dan pencarian berkenaan kasut yang dipakai Kylie. Pengguna tersebut berkongsi pencarian yang dilakukanya dan “perangai” sebenar Kylie melalui ciapan di laman Twitter yang bekapsyen “Eat the rich.”
https://twitter.com/Lithunium_Snow/status/1213967926723829761?s=19
Rata-rata pengguna laman Twitter yang lain turut terkejut dengan penemuan tersebut. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut berkenaan merupakan bulu daripada seekor haiwan yang dikenali sebagai mink a.k.a. weasel. Pengguna laman Twitter tersebut berasa pelik keran pada mulanya si Kylie berasa empati dengan nasib yang menimpa haiwan-haiwan di Australia tetapi pada masa yang sama menyokong pengeluaran produk berasaskan bulu haiwan. Pengguna tersebut turut pasti bahawa bulu haiwan yang digunakan bukanlah bulu palsu.
Berikut merupakan ciapan yang dipos oleh penggguna laman Twitter yang lain berkenaan dengan perkara tersebut
“Apa yang lebih teruk ialah haiwan-haiwan tersebut dibunuh seperti tiada apa yang berlaku dan (kulit mereka) dijual ke jenama ternama dalam anggaran $5 dan dijual semula dengan harga $1000.”
“Bukan itu sahaja, tetapi sesetengah haiwan dari ternakan (sebagai contoh musang) dibiak dan diberi makan untuk menghasilkan lebih banyak (produk) kulit dan bulu pada satu tahap kehidupan mereka sangat memilukan, yang tidak disebut persekitaran hidup yang teruk. Secara jujurnya, industri bulu lebih teruk jika dibandingkan dengan mana-mana produk haiwan.
“Hello. Yang kaya hanyalah pengguna. Dalang utama yang jahat ialah pengeluar. Ini adalah capitalisme. Kita sepatutnya menyalahkan syarikat yang menghasilkan selipar yang membunuh (haiwan) MInks. Terima kasih. :)”
“Secara jelas (perkara ini) tidak cukup meruntunkan hatinya untuk menderma sebanyak yang termampunya. atau mula berhenti daripada membeli produk (berasaskan) bulu asli. tetapi adakah saya terkejut? tidak.”
“Bagaimana anda tahu sekiranya beliau telah menderma (memberi bantuan kepada Australia)?”
Oh, Puan Kylie. Lain kali kalau nak bermegah pun, pandanglah kiri dan kanan dahulu. Sudah semestinya mata warga net akan tertumpu kepada selebriti terkenal sepertinya, siap ada yang sanggup membuat research! Apa pandangan anda berkaitan perkara ini? Adakah beliau betul–betul menyalurkan persaan simpati ataupun melakukanya untuk mendapatkan perhatian? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen dan jangan lupa untuk selalu menyokong laman Facebook kami! #stopsupportrealfur