Hashtag yang sedang trending di Twitter hari ini. Noor Neelofa binti Mohamad Noor, 30 tahun yang selesa dikenali sebagai Neelofa dan Lofa merupakan salah seorang pengacara bagi rancangan hiburan #MeleTOP selama 7 tahun perkhidmatan telah mengumumkan bahawa beliau ingiin mengundurkan diri daripada mengacarakan rancangan tersebut. Jangan risau para peminat Lofa, beliau akan menyinari kaca televisyen anda sekali lagi dengan program yang dirancang oleh pihak Asto.
Beliau tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh ke bumi semasa memberi kata-kata akhir sebelum rancangan tersebut tamat. Rakan pengacara beliau, Nabil Ahmad kelihatan cuba menenangkan beliau dengan jenakanya apabila Lofa membuat penguguman bahawa bulan ini (Disember) merupakan bulan terakhir beliau mengacarakan MeleTOP. Lofa juga turut meluahkan rasa syukur kepada peminat kerana menyokongnya selama berkhidmat di dalam ranvangan tersebut.
Pihak Astro akan mengumumkan bakal penganti Neelofa pada bulan Januari nanti. Pihak Glamournyo mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas setiap pencapaian beliau dan berharap agar beliau terus sukses dalam dan bisnesnya.