Kain sarong merupakan warisan kebangaan masyarakat Melayu, lebihan lagi warisan ini diturun-temurunkan pemakaiannya kepada generasi muda. Berbentuk segi empat tepat, kain sarong dijual secara berjahit atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas).

Sumber: https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2017/08/cara-memakai-sarung-untuk-solat.jpg

Kalau ada berlambak kain sarong di dalam almari tu, maybe disebabkan anda selalu sangat melibatkan diri dengan kenduri keramaian ataupun anda sendiri tak mahir melipat dan melilit kain sarong anda, tukarkanlah kain sarong boring anda itu kepada berberapa idea ini:

Jadikan Sarong Sebagai Seluar

Haa.. Penulis excited sangat nak kongsi bahagian ni, sebabnya penulis sendiri pun pakai seluar kain sarong. Memang selesa, Afdlin Shauki merupakan pioneer yang mengkomersialkan pengunaan seluar sarong dalam kalangan masyarakat Melayu. Kebiasaanya, seluar sarong akan dijahit secara besar dan labuh, alah yang budak-budak muda panggil baggy style tu. Ibarat macam pakai guni di badan. Jadi pemakai akan rasa bebas merenggang ke sana-sini dan boleh merasai sensasi angin sepoi-sepoi menyejukkan bahagian kaki anda apabila memakai seluar sarong ini. Bagi sesiapa, yang memang hobinya menjahit, memang ngam. Boleh dijadikan sebagai projek kecil bersama keluarga dan diamkan mulut suami dan anak-anak anda yang asyik complain anda menjahit yang tidak memberi manfaat secara langsung kepada mereka, asyik langsir jer! Dah dapat seluar sarong nanti barulah mereka mula appreciate kewujudan mesin jahit anda itu.

Sumber: https://s.lazada.com.my/s.ZE9yU
Kalau korang malas nak jahit ataupun takde skills menjahit, beli jer yang dah siap punya. Kemas dan cantik!

Baju Batik

Jangan ingat kain pelikat jer yang tergolong dalam kategori kain sarong, kain batik pun join venture sekali. Bukan baju batik yang cikgu-cikgu selalu pakai masa sekolah dahulu, ini baju kemeja yang bermotifkan corak batik. Baju ni selalunya didatangkan dengan lengan yang pendek dan berkolar. Untuk wanita pula, baju yang dihasilkan selalunya berkolar, berlengan panjang , labuh di bahagian pinggul dan sedikit ketat di bahagian pinggang. Si pemakai akan nampak seperti mengayakan baju kebaya yang selalu dimomokan sebagai baju “pencolok mata” tetapi sebenarnya si pemakai akan kelihatan lebih sopan mengayakan baju batik yang sedikit labuh. Kemas dan edgy apabila digayakan semasa majis-majlis formal. Tetapi ingat, baju ini hanya sesuai digayakan sebagai smart casual, bukanya formal tau! Jangan punah dengan harapan dan kesilapan anda sendiri apabila orang yang menemu duga anda menolak mentah-mentah portfolio anda hanya disebabkan anda melanggar dresscode yang sepatutnya.

Sumber: blibli.com

Projek D.I.Y.

Jikalau anda sanggup berkorban kain dan benang serta masa yang terluang, cubalah idea-idea kreatif ini. Anda boleh menghasilkan bag, selimut, cadar, sarung bantal daripada perca kain saron anda. Kain perca merujuk kepada sisa kain yang tidak digunakan ataupun kain yang dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil kain yang sama besar. Woah,mesti ada antara pembaca yang tertanya-tanya, “Apalah yang penulis ni fikir, kain baru beli nak dipotong-potong?” Relax makcik jangan risau, biar saya explain. Proses menjahit perca kain bersama-sama untuk membentuk sebidang kain dipanggil sebagai patchwork. Patchwork merupakan satu alternatif menghasilkan produk yang baharu daripada sisa kain yang tidak digunakan ataupun kain-kain yang sudah lusuh dan tidak layak lagi dipakai untuk pemakaian harian, termasuklah kain yang sudah koyak dan tetas jahitanya. Jadi, thesis statement saya ialah aktiviti patchwork sangat menjimatkan perbelanjaan tekstil anda dan merupakan aktiviti mudah yang berfaedah. Lihat contoh-contoh hasil patchwork ini:

Sumber: amazon.com dan Shutterstock

Anda boleh jahit “sekali jalan’ semua kain-kain yang anda rasa anda tidak akan pakai untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berguna. Daripada anda biarkan baju-baju lama anda mereput di dalam almari itu, baik anda mulakan projek ini. Paling best, anda boleh campurkan perca kain daripada kain yang masih “bau kedai” dengan kain yang “bau sakai”, orang takkan perasan punya.

Kain sarong merupakan identiti masyarakat Melayu yang tidak sepatutnya dipupuskan. Masyarakat perlu bergiat aktif mengekalkan keistimewaan kain sarong di persada dunia dan menghargai warisan bangsa ini. Pupuk dan tanamkanlah minat ke dalam jiwa anak-anak muda supaya kain sarong tak lekang dek panas, tak lapok di hujan.

Leave a Comment on APABILA KAIN SARONG TERLALU “MAINSTREAM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *