YouTube merupakan platform yang sesuai untuk hiburan kanak-kanak. Dengan pelbagai pilihan video yang disediakan, kanak-kanak juga boleh menonton sambil belajar!
Sumber: youtube.com
Namun, YouTube tidak terlepas dengan kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ada video yang boleh ditonton secara umum dan ada juga video yang memerlukan pengesahan umur untuk diakses. Sekiranya tidak diawasi dan anak-anak dibiarkan bebas melayari laman sesawang ini tanpa sebarang “tapisan’, mereka berkemungkinan ketagih dengan kandungan video yang menerapkan unsur lucah, kandungan video yang menerapkan unsur ganas dan kandungan yang lain. Oleh itu, artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa channel yang sesuai ditonton oleh anak-anak anda supaya otak mereka “terangsang” secara sihat dan menjadi individu yang bersih daripada masalah-masalah sosial
Sumber: en.wikipedia.org
First of all, kita masuk part tips dulu. Kalau anda nak tahu, banyak sebenarnya tips untuk mengelakkan anak-anak terlihat benda yang bukan-bukan, antaranya ialah::
- Pantau pengunaan alatan elektronik anak anda dengan kerap. (2 kali seminggu seelok-eloknya)
- Hadkan masa menggunakan YouTube, boleh ditetapkan di tetapan YouTube
- Gunakan aplikasi Youtube Kids (boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar)
- Menonton “berjimba” bersama-sama dengan mereka
Haa.. ini dia antara channel YouTube yang sesuai ditonton oleh anak-anak anda. Make sure to subscribe to these channel!
Saluran Luar Negara
1. Super Simple Songs – Kids
Sumber: whatchildrenreallywants.com
Himpunan lagu-lagu yang comel dan bubbly, sesuai dimainkan untuk perkembangan otak anak anda. Dari lagu-lagu klasik seperti Twinkle Little Star sehinggalah lagu-lagu yang baharu. Channel ini juga sesuai digunakan sebagai bahan mengajar Bahasa Inggeris yang basic.
2. Peppa Pig
Sumber: metro.co.uk
Mengisahkan tentang sekeluarga khinzir yang speaking menggunakan Bristish Accent. Watak utama, Peppa yang selalu bermain bersama rakan-rakan haiwannya digandingkan dengan adik lelakinya, George banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti harian mereka. Tapi jujur penulis cakap, penulis suka dengar bila diorang giggle, tengok sendiri barulah anda semua faham nanti.
3. Pink Fong
Sumber: pinkfong.com
“Bebi shak kedu kedu kedu!”. Itu jelah yang anak saudara penulis nyanyikan. Sebenarnya, banyak lagi lagu yng sedap didengar selain daripada Baby Shark cuma ibu bapa kena rajin scroll dari atas ke bawah kerana saluran ini kerap memuatnaik video-video mereka.
4. Cocomelon
Sumber: cocomelon.com
Channel yang setakat ni paling banyak views untuk setiap satu video. Korang checklah sendiri dan nilai sama ada saluran YouTube ini worth the hype ke idok?
Saluran Tempatan
1. Omar Dan Hana
Sumber: budiey.com
Gandingan duo yang comel ini akan menerapkan nilai-nilai keindahan agama Islam ke dalam diri anak-anak anda. Dengan animasi yang comel dan berwarna-warni, pihak produksi bijak menarik minat anak-anak muda untuk belajar mengaji dan menghormati ibu bapa di usia muda. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Buluh dah liat dan tidak akan “rukuk’ kalau si pelentur tak “melentur” dari usia muda. Jadi, ibu bapa bolehlah paparkan nilai-nilai keislaman kepada anak-anak anda, jangan bagi mereka melihat benda-benda lagha ajer tau!
2. Upin & Ipin
Sumber: hmetro.com.my
Kembar legend. Dari penulis kecil sampailah dah masuk universiti, mereka berdua bersama rakan-rakan mereka masih tak lepas pra sekolah lagi. Tapi, macam-macam adventure diorang dah tempuh. Dari misteri buah durian hilang di Kampung Durian Runtuh (ironik bukan?) sehinggalah bersunat beramai-ramai. Opah dan Kak Ros seperti biasa masih awet muda dan “meletop-letop”, so Opah, drop your skincare routine please!
Sumber: puspaamalia.blogspot.com
Kemain ya Opah!
Animasi ini memaparkan unsur-unsur masyarakat kampung yang hidup saling santun-menyantuni antara satu sama lain dan kepentingan mengekalkan warisan negara. Penulis paling suka episod di mana Ipin secara tidak sengaja mematahkan wau yang sepatutnya dipertandingkan kepunyaan Tok Dalang. Secara tidak langsung, animasi ini juga menerapkan nilai-nilai murni yang lain seperti bertanggungjawab, berdikari, baik hati dan berbudi pekerti (ewah, dah rasa macam ulang semula peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan UPSR pula). Eleh, penulis tahu ada antara ibu bapa yang membesar dengan aniimasi ini juga, jadi anda boleh nilai sendiri sama ada animasi ini baik atau sebaliknya untuk dipertontonkan kepada anak-anak anda. h4>3. Didi & Friends – Lagu Kanak-Kanak
Sumber: youtube.com
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Didi dan kawan-kawannya? Bermula secara kecil-kecilan di kaca TV, kini semakin mendapat sambutan di dalam dan di luar negara melalui saluarn YouTube. Kiranya, animasi ini boleh diakses on the go apabila anda tak boleh angkut sekali TV semasa pergi bercuti. Masih segar di ingatan penulis yang pada mulanya Pak Atan, Bingo Si Kucing dan karakter-karakter yang lain melalui fasa “jahiliah” di mana kesemuanya tidak memakai sebarang pakaian. Tapi semenjak dah famous ni, barulah mereka ada kesedaran. Pihak produksi juga semakin mantap menambah baik dan menunjukkan usaha menaikkan martabat negara kita melalui animasi mereka. Lagu “Mengantuknya Mumia” memang anak saudara penulis suka, siap terlentok-lentok meniru lagak mumia itu.
Pak Atan bersama Bingo sebelum dan selepas. Nampak kan improvement animasi ini?
Sumber: stickpng.com dan twitter.com
Berikut merupakan senarai tips dan saluran YouTube yang boleh dijadikan panduan ibu-ibu dan bapa-bapa yang berasa anak-anak mereka memerlukan hiburan melalui video-video di YouTube. Apa kata anda? Ada saluran lain yang dirasakan sesuai dikongsi bersama-sama parents yang lain? Luahkan pandangan anda di ruangan komen da jangan lupa like artikel ini! Jangan lupa, selalulah pantau pengunaan gajet anak-anak anda!