Kehangatan AJL34 masih lagi terasa walaupun ia telah melabuhkan tirainya,hangat lagi diperkatakan mengenai kontroversi persembahan beberapa finalis.

slide-image

slide-image

Sumber : otakustore.net

Kita mulai dengan kumpulan Drama Band,vokalis mereka iaitu Aepul menarik perhatian ramai dengan pembukaan persembahan yang agak menyeramkan, tampil dengan imej seperti karakter Ryuk dalam anime Jepun iaitu Death Note.

Kemudian, mereka mencetuskan kontroversi dengan kemunculan beberapa karakter lain seperti mempersenda beberapa selebriti, pendakwah bebas serta ahli politik yang pernah berdepan kontroversi.Ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang mendakwa persembahan mereka menyentuh isu sensitif dan memberikan impak negatif kepada masyarakat.

Sindiran berani mati

slide-image

slide-image

slide-image

slide-image

slide-image

Antaranya ialah isu bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, penyanyi, Haqiem Rusli yang sebelum ini mengatakan dirinya menghidapi depresi, isu rumah tangga dua pendakwah bebas dan juga kes melibatkan ahli politik.slide-image

Pihak penganjur AJL 34 menegaskan mereka tidak tahu sepenuhnya tentang gimik sesetengah persembahan pada malam anugerah tersebut.Sebagai program siaran langsung, sukar untuk kami mengawal apa yang dilakukan artis di pentas. Perkara itu akan kami jelaskan kepada CMCF.

Buat masa ini, kami terpaksa menyekat persembahan Aina dan Drama Band di YouTube supaya tidak menimbulkan pertikaian lagi. Selepas keputusan semakan itu, barulah pihak stesen membincangkan tindakan selanjutnya.

Terdahulu, persembahan Aina Abdul didakwa membawa mesej bunuh diri apabila terdapat adegan tikam dada sehingga darah mencurah keluar. Untuk Drama Band pula, mereka dikatakan menyentuh isu sensitif berkaitan politik.

Sumber Berita : Harian Metro

Leave a Comment on Kontroversi AJL 34, Video Persembahan Aina Abdul dan Drama Band Disekat Dari YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *