Ramai yang berpendapat bahawa Touch N’ Go E-Wallet lebih mudah digunakan dan lebih mesra pengguna berbanding e-wallet yang lain. Promosi pun banyak! Percaya tak kalau Glamornyo kata promosi-promosi yang ditawarkan oleh Touch N’ Go sesuai untuk semua lapisan umur? Tak percaya lagi? Mari lihat senarai promosi di bawah.
Kegunaan e-wallet TNG yang boleh diseesuaikan mengikut situasi:
Sebahagian kecil promosi yang ditawarkan Touch N’ Go E-Wallet. Boleh semak lebih lanjut di sini.
BELUM BERKAHWIN
Haa… instafamous yang ingin berjimat-cermat walaupun masih nak acah-acah famous bolehlah berbelanja dengan pertolongan e-wallet ini. Korang boleh hidup serba mewah dan selesa tanpa perlu risau berbelanja lebih. Nak “pau” duit kawan-kawan atau pasangan korang pun tak rasa serba salah sangat lepas ni tapi pastikan guna e-wallet ini untuk dapatkan cashback. Berikut merupakan promosi yang ditawarkan. Perlu diingatkan, semasa artikel ini ditulis, ada promosi yang sudah ditebus (fully redeemed). Jadi, selalu-selalulah menjenguk ke laman web rasmi Touch N’ Go.
Korang yang tengah stress belajar tu, boleh juga jenguk-jenguk promosi yang ditawarkan. Dengan e-wallet Touch N’ Go, tiket wayang lebih murah dan korang bolehlah tengok wayang dengan kawan-kawan. Korang pun boleh tempah tiket bas balik terus ke kampung kalau korang rasa korang perlukan lebih masa dengan family atau melancong sehari dua . Serba bolehlah e-wallet Touch N’ Go ni!
SUDAH BERKAHWIN
Promosi ini tidak terhad kepada orang muda yang acah famous sahaja, anda yang sudah mendirikan rumah tangga sepatutnya tidak boleh ketinggalan merebut promosi-promosi yang ditawarkan.
Anda boleh membeli barang dapur, barang keperluan harian, isi minyak kenderaan anda dengan bantuan e-wallet ini. Sudah ada promosi yang telah ditebus oleh pengguna lain, menandakan promosi yang ditawarkan ibarat “pisang goreng panas” yang sering direbut. Anda sebagai pengguna yang bijak boleh membelek laman web Touch N’ Go untuk mendapatkan cashback dan promosi yang ‘gila-gila’ berbaloi.
Adakah anda pengguna setia e-tunai Touch N’ Go atau anda sedang bercadang beralih daripada tunai kepada cashless? Adakah anda teruja dengan promosi-promosi yang ditawarkan oleh e-wallet ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah mengenai perkara ini. Jangan lupa like page Glamornyo untuk konten-konten yang menarik.