Tahukah anda depresi tidak mengenal usia? Bagaimana jika perkara ini berlaku pada keluarga kita? Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?

Seringkali kita terbaca kes-kes bunuh diri melibatkan orang dewasa. Tetapi pernahkah anda terfikir yang pelajar sekolah juga membunuh diri akibat tekanan belajar dan tekanan keadaan sekeliling. Dan kes paling terbaru berlaku pada Februari 2020 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, apabila seorang pelajar berumur 16 tahun membunuh diri akibat dari tekanan kerana dibuli. Dia ditemui tergantung di kipas syiling dengan kain selimut terikat di lehernya oleh ibunya sendiri kira-kira jam 6.15 petang. Mangsa kemudian dibawa kehospital namun disahkann meniggal dunia 3 jam kemudian.

Depresi atau ‘major depressive disorder’ dapat dikenal pasti dengan dua keadaan, dimana pertamanya kesedihan yang berpanjangan atau kemurungan dan kedua adalah anda berasa hilang minat terhadap sesuatu yang amat anda diminati sebelum ini.

Antara simptom-simptom depresi yang lain termasuklah
● Cepat letih
● Tidak makan atau makan berlebihan
● Perubahan berat badan yang mendadak kurang atau bertambah berat badan
● Tidak boleh menumpukan perhatian
● Lebih suka bersendiri, tidak suka bersosial
● Rasa diri tidak berguna
● Ada idea untuk membunuh diri

Jika anda sendiri atau anda perasan orang terdekat mengalami simptom seperti diatas, dapatkan rawatan dengan kadar segera di hospital-hospital yang berdekatan. Ramai diantara kita tak mahu dapatkan rawatan kerana risau dikatakan ‘gila’ kerana depresi dirawat oleh pakar Psikiatri. Ingatlah, usah hiraukan stigmata-stigmata luar kerana mereka mampu berkata-kata tetapi anda yang akan menanggung derita.

Seperti kes yang berlaku pada 2017 apabila seorang pelajar berusia 15 tahun membunuh diri hanya kerana tidak mendapat straight A dalam exam. Kes ini terjadi adalah berpunca dari ayahnya yang terlalu memberi tekanan yang tersangat tinggi. Dan sangat mengejutkan apabila pelajar itu akhirnya memilih untuk menbunuh diri di biliknya dan sempat meninggalkan sekeping kertas dengan tulisan “maafkan saya sebab tak dapat penuhi harapan ayah, saya dah cuba yang terbaik”.

Sumber: Twitter

Leave a Comment on Major Depressive Disorder Boleh Membunuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *