COVID-19 atau dikenali juga sebagai Novel Coronavirus 2019 atau 2019-nCoV adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus dari famili Coronavirus dan ianya spesis yang terbaru yang belum pernah ditemui. Jangkitan dari Coronavirus akan menyebabkan seseorang mengalami
1. Demam panas melebihi 38
2. Selesema
3. Batuk
4. Sakit tekak
5. Sukar bernafas

Di Malaysia dikatakan gelombang kedua penularan wabak COVID-19 sedang berlaku yang menjadikan keseluruhan kes meningkat secara mendadak daripada 25 kes kepada 158 kes setakat hari ini berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun begitu, tiada lagi kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan. Syabas kita ucapkan kepada para pekerja kesihatan yang bertindak sebagai ‘front liner’ dalam menangani isu ini.


Anda dinasihati untuk mengelak dari pergi ke tempat-tempat tumpuan ramai buat masa sekarang. KKM juga ada mengeluarkan arahan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mengelak penularan wabak ini.

Setiap penyakit, akan ada cara menghindarinya. Begitu juga dengan wabak COVID-19 ini. Namun begitu, masih tiada vaccine atau spesifik ubat yang ditemui setakat ini. Apa yang anda perlu buat untuk menghindari wabak ini termasuklah
1. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun atau hand sanitizer
2. Memakai face mask hanya bila anda tidak sihat atau selesema dan batuk
3. Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai
4. Elak dari berkujung ke luar negara terutama negara-negara yang terlibat seperti China, Italy, Iran, Korea, dll
5. Elak dari memakan makanan yang tidak dimasak sepenuhnya atau ‘half cook’
6. Elakkan dari kerap menyentuh mulut, hidung dan mata
7. Jika anda tidak sihat, jarakkan diri anda sejauh 1 meter dari orang lain kerana ini adalah jarak selamat


Jika anda mengalami gelaja-gejala COVID-19 dan anda baru balik dari mengunjungi negara-negara yang berisiko tinggi, anda dinasihati untuk menghubungi klinik atau hospital berdekatan dan tidak keluar dari rumah sehingga diberitahu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi kerjasama dengan mengikuti apa yang dinasihati oleh pihak kesihatan agar penularan wabak ini dapat dikurangkan. Jika bukan bermula dari anda, siapa lagi.