Baru-baru ini tular bebenang di Twitter tentang spycam yang diletakkan di tandas awam perempuan, Tealive muar. Seram nya dengar, nak ‘buang hajat’ pun kena berhati-hati di dalam tandas awam takut ada mata kedua melihat. Bebenang tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga 30 ribu lebih warga twitter.

Menurut @sueannajoe_ , spy cam jugak biasanya diselit dekat hook yang dilekatkan dekat pintu atau pun dinding. Bukan itu sahaja, ada yang diletakkan di dalam skrew, pewangi udara dan pelbagai lagi disebabkan zaman sekarang mempunyai teknologi yang canggih-canggih la. Ada juga netizen yang turut menceritakan pengalaman mereka tentang spycam ini.


Sumber : Twitter

Ada warga Twitter yang turut memberikan tips –tips ketika menggunakan tandas awam sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa puasan bagi gejalan ini.


Sumber : Twitter

Penulis pun tidak paham apa yang mereka mahukan dengan kegiatan terkutuk ini. Melalui pendedahan ini, di harapkan para gadis menjadi lebih berwaspada dan peka akan sekeliling ketika mahu menggunakan tandas awam. Individu yang terlibat juga perlu di bawa ke mahkamah atas kesalahan yang melampau batasan.


Sumber : Twitter

Siapa sangka servis kotor ini dikomersialkan di applikasi Telegram yang disertakan dengan bayaran yuran RM 100 hanya untuk mendapatkan video skodeng tersebut. Semoga kegiatan ini bakal di tangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk diberikan tindakan yang tegas. Korang semua jangan lupa like dan ikuti perkembangan isu semasa di Glamornyo ya!

Leave a Comment on HATI-HATI SPYCAM DALAM TOILET AWAM!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *