Sekarang ni musim wabak Covid-19 semakin menjadi-jadi dimana bilangan mangsanya jugak bertambah dari hari ke hari. Orang ramai juga disarankan mengurangkan penglibatan dengan aktiviti luar dan mengkuaratinekan diri mereka di dalam rumah termasuk mereka yang sudah merancang perjalanan untuk ke luar negara. Pasti ada yang sudahpun membeli tiket penerbangan ke luar negara untuk bercuti, namun siapa sangka wabak Covid-19 melanda seluruh dunia.Bagi mereka yang mahu membatalkan tiket penerbangan Airasia, tahukah anda bahawa tiket tersebut dapat refund dengan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Airasia
Sumber : Google image
@Amrh.o telah berkongsi bebenang di Twitter bagaimana anda boleh mendapatkan refund dari Airasia disebabkan wabak Covid-19.
Sumber: Twitter
@amrh.o telah berkongsi bahawa sepatutnya dia pergi ke korea selatan namun disebabkan tahap Covid-19 di Korea Selatan berada di tahap yang berbahaya, dia terpaksa cancel dan berjaya mendapat refund sebanyak 70%. Anda boleh juga mendapat 100% refund berbalik kepada syarat yang ditetapkan oleh Aairasia. Gambar di bawah menunjukkan jumlah % refund yang akan anda dapat dan tidak dilupakan juga syarat-syarat bagi mendapatkan refund. Tak semua tiket Airasia dapat refund , ia terpulang kepada terma dan syarat oleh pihak Airasia.
Sumber: Customer service Airasia
Terdapat lima syarat yang disenaraikan di gambar atas untuk mendapatkan refund .Proses untuk mendapatkan refund juga amatlah mudah iaitu dengan menghubungi AVA ,chatbot yang tersedia di web Airasia untuk membuka kes refund anda dan selepas itu anda hanya perlu mengikut arahan yang diminta oleh AVA. Proses untuk mendapatkan refund juga boleh memakan masa sehingga 30 hari jadi diminta bersabar ye, better dapat juga refund daripada tangan kosong je.
Sumber: https://support.airasia.com/
Jumlah refund yang anda akan dapat juga berdasarkan tarikh perjalanan anda, oleh itu pikir dahulu secara mendalam tentang perjalanan anda. Jangan lupa untuk sentiasa berjaga-jaga terutamanya di musim wabak Covid-19 ni. Basuh tangan dan sentiasa minum air kosong ya. Jangan lupa like and follow page kitorang agar korang dapat pelbagai lagi info yang baru hanya di Glamornyo.