Cahaya matahari adalah sumber semulajadi vitamin D untuk kita. Namun begitu, ianya juga memancarkan sinaran ultraviolet (UV) yang bahaya untuk kulit.

Sumber:Twitter

Sinaran ultraviolet atau ‘ultraviolet rays’ terdiri daripada ultraviolet A (UVA), ultraviolet B (UVB) dan ultraviolet C (UVC), yang mempunyai panjang gelombang atau ‘wavelength’ yang berbeza. Hanya UVA (95%) dan UVB (5%) sampai ke bumi. Menurut kajian, UVB akan menyebabkan sunburn dan kanser kulit (90%) manakala UVA akan menyebabkan kulit menjadi tua (penuaan), berkedut, kusam dan kanser kulit (10%).

Sumber: quora.com

Maka, penggunaan sunblock amatlah penting bagi melindungi kulit dari sinaran UV. Bila anda pergi ke Watsons, Guardian atau farmasi, anda lihat banyak pilihan sunblock dengan pelbagai jenama dan harga. Jadi, macam mana nak pilih yang paling bagus dan sesuai dengan kulit?

Sumber: canstockphoto

Tips pertama adalah pilih SPF atau ‘Sunlight Protection Factor’ yang sesuai. Kalau kita tengok produk-produk sunblock ada tulis SPF 15, SPF 30, SPF 50. So, yang mana satu patut kita pilih?

Untuk pengetahuan anda, SPF adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa kuat dan seberapa lama produk sunblock ini boleh melindungi kulit kita dari UVB. SPF 15 akan melindungi kulit sebanyak 93%, SPF 30 sebanyak 96% dan SPF 50 sebanyak 98%. Contoh pengiraan, untuk SPF 15 iaitu (15-1)/15= 0.93 bersamaan 93%.

Sumber: findgoodbuy.com

Kulit kita mempunyai pigmen melanin yang mampu melindungi kulit dari UV tetapi untuk masa yang singkat sahaja. Masa ini bergantung kepada warna kulit. Sebagai contoh, untuk kulit putih biasanya hanya boleh bertahan selama 10 minit manakala kuning langsat 15 minit dan sawo matang selama 20 minit. Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ia mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi. Jadi untuk pemilihan sunblock, bagi yang berkulit putih, jika menggunakan SPF 15, maka sunblock mampu bertahan selama 150 minit dimana cara pengiraannya ialah Spf 15 x 10 minit = 150 minit. Jika kulit kuning langsat, Spf 15 x 15 minit = 225 minit.

Tips kedua ialah pilih sunblock yang ada perlindungan dari kedua-dua sinaran UVA dan UVB atau dikenali jugak sebagai ‘broad spectrum’. Pernah tengok produk sunblock yang ada PA? PA adalah kiraan bagi perlindungan untuk UVA dan bermaksud ‘broad spectrum’. Tanda ‘+’ pula bermaksud kekuatan perlindungan. Jadi, PA yang terbaik adalah PA++++ dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Tips yang ketiga adalah pilih sunblock mengikut situasi. Jika anda hanya terdedah kepada cahaya matahari kurang dari 4 jam, SPF 15 sudah mencukupi. Jika anda terdedah lebih lama dan sentiasa berpeluh, SPF 30 memadai, tetapi jika anda berkulit putih melepak, anda memerlukan SPF 50.

Penggunaan sunblock bukanlah sekali sehari tetapi setiap 3-4 jam sekali. Jika anda melakukan aktiviti air, lebih keraplah penggunaan sunblock.

Tips yang terakhir adalah, pilih sunblock mengikut jenis kulit
1. Kulit kering. Pilih sunblock jenis krim/lotion.
2. Kulit berminyak. Pilih sunblock jenis gel/water essence/oil-free.
3. Kulit sensitif. Pilih sunblock jenis gel/tiada bahan pengawet atau bau.
4. Kulit berbulu. Pilih sunblock jenis gel/spray.

Sekarang mesti anda dah tak sabar nak beli sunblock kan? Maklumlah dah pandai nak pilih sunblock lah katakan hihihi. Jadi, pilihlah sunblock yang sesuai dengan kulit dan situasi anda, sekaligus ianya juga mampu mengurangkan risiko kanser kulit.

Leave a Comment on PEMILIHAN SUNBLOCK YANG BETUL MAMPU MENCEGAH KANSER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *