Masalah rambut gugur menjadi masalah samada bagi lelaki mahupun wanita. Menurut kajian, punca utama bagi masalah ini adalah stress. Mana tak stressnya, dengan ekonomi sekarang, tekanan kerja, keluarga dan macam-macam tekanan lagilah. Tapi jangan risau, kita selesaikan satu-satu. Sebelum kita selesaikan masalah lain yang lebih besar, mari kita selesaikan masalah rambut kita dulu. Bila rambut lebat, penampilan terjaga barulah kita ada semangat dan keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan cabaran yang datang, haa gitu.

Sumber: freemalaysiatoday.com

Terdapat beberapa tips dan produk rambut yang boleh digunakan bagi mengurangkan keguguran rambut sekaligus merawat kulit kepala dan rambut yang kering.

Sumber : whatwomanneeds

1) Lumurkan minyak rambut atau hair oil sebelum mandi

Lumurkan minyak rambut atau hair oil keseluruh bahagian rambut anda 20-30 minit sebelum mandi dalam amaun yang banyak. Apa-apa jenama minyak rambut boleh digunakan mengikut kesukaan dan kemampuan anda seperti Himalaya, Shurah atau Argan Oil. Anda juga boleh menggunakan santan kelapa. Fungsi santan dan minyak rambut ini adalah sama iaitu untuk melembabkan kulit kepala.

Sumber : Youtube

2) Basuh rambut menggunakan hair fall control shampoo

Selepas 20-30 minit dilumur dengan minyak rambut, bilas rambut anda menggunakan hair fall control shampoo. Banyak produk-produk shampoo dengan pelbagai jenama dan harga ada dipasaran, contohnya, Safi Shayla, Loreal, Rejoice, Himalaya dan banyak lagilah. Kalau nak list satu-satu, mungkin minggu depan baru siap tips ni hihihi. Apa-apa jenama pun boleh tetapi seeloknya gunalah shampoo untuk kawal rambut gugur. Cuci rambut anda hingga anda yakin yang rambut anda tak berminyak lagi.

Sumber : allure

3) Hair conditioner

Ramai yang abaikan penggunaan hair conditioner, malahan ada sesetengah dari kita tak tahu apa kebaikan menggunakan hair conditioner. Fungsi hair conditioner adalah untuk melembabkan rambut. Seperti moisturizer yang anda guna untuk melembabkan kulit wajah, begitu juga hair conditioner. Pernah tak anda rasa lepas shampoo, rambut anda kering? Itulah yang akan jadi bila anda abaikan penggunaan hair conditioner. Bila rambut kering, rambut akan senang untuk patah dan menyebabkan rambut gugur. Seperti shampoo, hair conditioner juga mempunyai banyak jenama dan harga dipasaran. Apa-apa jenama juga boleh digunakan.

4) Serum rambut

Penggunaan hair serum juga penting untuk menghalang debu dan kotoran, melembabkan serta membuat rambut nampak lebih bersinar dan sihat. Serum rambut boleh digunakan ketika rambut masih basah atau selepas dikeringkan dan tak perlu dibilas dengan air. Tetapi, ianya hanya perlu disisirkan pada rambut sahaja tanpa dikenakan ke kulit kepala kerana teksturnya yang berminyak. Seeloknya, hair serum ini digunakan 3-4 kali seminggu selepas rambut dibasuh.

5) Hair tonic

Seperti hair conditioner dan serum rambut, penggunaan hair tonic juga selalu diabaikan. Ramai juga yang tidak tahu akan kewujudan hair tonic sebenarnya. Penggunaan hair tonic ini mampu melembabkan kulit kepala serta rambut. Ianya juga dapat merawat rambut bercabang. Hair tonic mestilah digunakan ketika rambut sudah betul-betul kering. Hal ini kerana, jika rambut masih basah, hair tonic tidak dapat diserap dengan baik. Hair tonic ini boleh digunakan setiap hari selepas rambut dibasuh, dan boleh kurangkan penggunaannya kepada 3-4 kali seminggu bila rambut anda semakin sihat.

Sumber : apakabarmalaysia.blogspot
Sumber: Sunsilk Malaysia

6) Hair mist pilihan wanita terutamanya yang bertudung

Penggunaan hair mist ini tidaklah sepenting penggunaan produk-produk rambut yang disebut di atas tetapi ianya adalah pilihan terutamanya untuk wanita bertudung supaya rambut kekal wangi. Seperti body mist untuk membuatkan badan anda kekal wangi, begitu juga hair mist yang akan mengekalkan kewangian rambut anda walaupun anda bertudung selama berjam-jam.

Haa, tunggu apa lagi? Takkan nak tunggu kepala dah botak baru nak cuba kan. Baik try sekarang, jangan lengah-lengahkan masa untuk dapatkan hasil yang memberangsangkan. Selamat mencuba!

Leave a Comment on CARA ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *