Pernahkah anda melihat satu video dancing with coffin meme yang semakin femes di applikasi Tik Tok dimana apabila sesuatu situasi di dalam video yang dikira sebagai gagal akan disunting dengan video sekumpulan orang Afrika yang membawa keranda sambal menari seolah-seolah menjadi sarcasm kepada video lain.

Sumber: Youtube BBC

Seperti yang kita ketahui, bila sebut je majlis perkuburan pasti terbayang suasana sedih,suram dan penuh dengan kesunyian. Malah ketika majlis perkuburan juga, mereka yang hadir perlu menghormati majlis tersebut dengan memakai pakaian yang menepati peraturan dan perlu menjaga tingkah laku. Namun berbeza pula dengan video dancing coffin tersebut dimana sekumpulan orang Afrika menari dengan rancaknya sambil membawa keranda si mati tersebut. Selain itu, di video menari tersebut, boleh dilihat majlis perkuburan tersebut sangatlah meriah dimana mereka mempunyai mikrofon,khemah yang dihiasi dengan bunga seperti menganjurkan sebuah parti. Video yang viral tersebut jugak diedit dengan muzik gendre EDM yang secara tidak langsung sesuai dengan tarian yang dilakukan oleh kumpulan warga Afrika tersebut. Dalam video itu juga kelihatan suasana yang meriah dan disertai dengan sekumpulan yang turut menari ketika proses pengusungan mayat tersebut dilakukan.

Sumber:Google image

Tahukah anda, menari sambil membawa keranda itu adalah benar dan ia merupakan tradisi baru di negara Ghana di mana keluarga si mati akan upah kumpulan tersebut untuk menggembirakan si mati serta keluarga. Mereka memilih untuk menukar cara meratapi kematian dengan sesuatu yang seronok dan santai demi si mati serta keluarga si mati.

Mereka melakukan sesi menari tersebut juga kerana menyambut si mati untuk menuju ke alam lain dengan cara yang lebih style. Kumpulan penari terdiri dalam tiga ke enam orang dan dikenali sebagai the Paulbeares yang mempunyai pelbagai koreografi mengikut citarasa si keluarga mati.

Bayaran yang dikenakan pulak bukan murah ye kawan-kawan. Bayaran yang dikenakan biasanya dikenakan adalah 13 000 Cedis Ghana (RM 9761) dan boleh meningkat mengikut jenis yang dimahukan oleh keluarga si mati. Bersesuai dengan musim kuarantine ni, video mereka amatlah femes hingga menjadi meme di social media seperti Twitter dan Tik Tok lagi-lagi musim covid-19 ni.

Sumber:Google image

Berikut merupakan video yang telah diedit oleh netizen dengan menggunakan video dancing meme coffin dengan video-video lain:

Bagus jugakla musim kuarantin, selain dapat hiburkan kita di rumah dengan video tersebut, kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan am tentang negara lain. Dah habis baca jangan lupa share dan like page kami Glamornyo ya.Jangan lupa juga jaga kebersihan diri dan ingat pesanan PM #stayathome#perangicovid#kitajagakita.

Sumber info:

1)https://www.archyde.com/the-story-behind-the-meme-of-ghanaians-dancing-with-a-coffin/
2) http://edition.cnn.com/2014/03/11/world/africa/on-the-road-ghana-funerals/index.html

Leave a Comment on CERITA DISEBALIK TARIAN MAJLIS PENGEBUMIAN YANG VIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *