Norfarrah Syahirah Shaari seorang pembantu tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan(KKTI) merupakan insan yang cukup luar biasa dimana dia dilahirkan tanpa tangan namun mampu menguruskan urusan seharian dengan hanya menggunakan kedua-dua belah kaki termasuklah menjahit baju PPE untuk para frontliners.Norfarrah juga menyatakan dia bersama beberapa staf kolej mahu membantu frontliners dengan menjahitkan PPE demi keselamatan para frontliners.
Sumber: Malaymail
Dia juga telah memuatnaik video yang menunjukkan bagaimana dia menjahit baju tersebut dengan hanya menggunakan kedua-dua kakinya.Tujuan video itu di muat naik di Facebook adalah untuk menjawab pertanyaan netizen yang menanyakan bagaimana dia menjahit dengan menggunakan kakinya. Ramai orang yang sangat kagum dengan dia walaupun dia merupakan golongan khas tetapi mampu menyumbang baju PPE kepada para frontliners dengan hasil titik peluh dia berbanding dengan kita yang sempurna tubuh badan. Selain itu, terdapat juga video Norfarrah juga mampu membawa kereta dengan menggunakan kakinya seperti biasa di laman Facebook dia. Dia juga ada menyatakan bahawa dia mampu menghasilkan 8 helai baju sehari.Sebanyak 35 orang terlibat dalam projek ini dimana ia menggunakan 400 meter fabrik dan di jangkakan dapat menghasilkan sebanyak 252 baju. Mereka di bahagikan tugas untuk menghasilkan baju PPE ini, ada yang menjahit di rumah dan di kolej tersebut.
Seiring dengan usaha murni ini, baru-baru ni Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) juga telah mengumumkan bahawa bekalan baju PPE hanya bertahan untuk 2 minggu. Oleh itu, ketika sidang media, Ketua KKM, Dr Noor Hisham telah menggesa mereka yang menderma baju PPE untuk terus melakukannya tanpa agar dapat membantu sedikit sebanyak KKM.
Konklusinya, penulis tabik spring kepada staf kolej KKTI terutamanya saudari,Nofarrah Syahira Shaari yang berusaha untuk menyumbang kepada para frontliners sama-sama menyokong kerja para frontliners. Moga kisah ini dapat memberikan inspirasi serta mengajak kita untuk sentiasa melakukan kebaikan terutamanya musim wabak covid-19 ni.Mari like dan subscribe page Glamornyo ya! #pecahkanrantai#kitajagakita#stayathome#kitamestimenang.
Sumber info:
1) https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/584451/behind-frontline-folk-woman-keeps-them-safe?fbclid=IwAR2z7Isz-6k7iH-W5vfdy_8N8v0rEytVwfJabeGSZwyneVLzyGig3LZ_JW0
2) https://www.channelnewsasia.com/news/asia/covid-19-malaysia-left-with-2-weeks-worth-of-personal-protective-12637648