Korang tahu ke apa tu makanan superfood, hari ni penulis nak tulis informasi tentang superfood. Makanan superfood adalah makanan yang mempunyai nutrisi yang sangat tinggi melebihi makanan asas. Lazimnya perkataan superfood ini sebenarnya digunakan untuk tujuan pemasaran. Selalunya makanan superfood ni berasal dari sumber tumbuhan tetapi ada juga dari sumber tenusu dan ikan. Jadi penulis nak senaraikan makanan superfood merangkumi makanan tempatan dan juga makanan import.
HALIA
Anda memang tak dapat dari halia hal ini kerana halia sangat berleluasa digunakan untuk memasak ataupun untuk kesihatan. Halia dikategorikan sebagai superfood kerana ia mampu memberikan pelbagai manfaat dengan menghilangkan loya serta menjadi salah satu bahan semula jadi untuk mengurangkan sakit senggugut.Selain daripada itu, halia juga merupakan anti agen yang membantu dalam penghadaman, membantu dalam mengurangkan gula dan penyakit jantung dan banyak lagi.
Sumber info: https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-benefits-of-ginger
BETIK
Buah ini amatlah mudah untuk didapat dan bestnya ia boleh di kategorikan sebagai makanan superfood tau. Betik amat bagus untuk kesihatan mata kerana ia mempunyai beta-karotena yang melindungi mata anda. Di samping itu, betik mempunyai kandungan vitamin C dan anti oksiden yang sangat tinggi serta boleh menghalang diabetis dan penyakit jantung. Betik juga dapat membantu sistem digestif dimana ia boleh menghalang kanser kolon kerana ia mempunyai nutrient-nutrien yang dapat menghalang kanser. Ia juga dapat memberi perlindungan kepada penyakit rheumatoid arthritis, menguatkan immune sistem dan banyak lagi.
Sumber info : http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=47
BAK CHOY
Bak choy ni sebenanrnya sawi cina ala yang sawi tapi pendek-pendek tu. Tahu tak satu cawan sayur ni dapat menyediakan 50-60% keperluan vitamnin A dan C. Bukan sahaja mempunyai rendah kalori ia juga mempunyai beberapa vitamin, mineral dan anti-oksiden serta sangat mudah untuk masak sayur ini. Tahukah bak choy ni mendapat tempat ke 11 dalam kategori makanan yang mempunyai vitamin A tertinggi tau. Sayur ini buakn sahaja mudah untuk didapati pasar tetapi ia juga mudah untuk dimasak.
Sumber informasi: http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=152
TEMPE
Makanan berasal daripada suku jawa(Indonesia) juga boleh di kategorikan sebagai makanan superfood tau. Seperti yang anda tahu tempe diperbuat daripada kacang soya dan ia mempunyai kandungan protein yang amat tinggi. Kacang soya ni mempunyai nutrien yang banyak seperti serat,kalsium, besi, omega 3 dan vitamin B. Selain itu, tempe juga mempunyai anti-okisda yang tinggi serta dapat menghalang kanser di dalam tubuh badan. Tempe juga bagus untuk sistem pencernaan kerana ia mempunyai probiotik , sejenis bakteria yang menolong sistem pencernaan dalam badan anda.<
Sumber info: https://nutritionstripped.com/tempeh-benefits/
KUNYIT
Kunyit merupakan rempah yang boleh dikategorikan sebagai makanan superfood yang telah digunakan dari zaman dahulu lagi. Satu komponen yang ada pada kunyit adalah curcumin yang memberikan warna kuning tu. Mengikut kajian, curcumin mempunyai sifat semulajdi anti-oksiden dan anti-radang selain dapat melambatkan proses penuaan yang dapat mengelakkan dari penyakit Alzheimer.Kunyit juga dikatakan dapat membantu seseorang yang mempunyai depression
Sumber informasi : https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/diet/scientific-health-benefits-turmeric-curcumin/
SALMON
Ramai yang tahu ikan salmon ni sangat kaya dengan protein dan asid lemak omega 3 untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu ia juga kaya dengan vitamin B yang di tugas untuk membaiki DNA, mengurangkan radangan yang dapat mengelakkan dari sakit jantung.Ikan salmon juga mempunyai kandungan potasium yang tinggi serta dapat membantu mengawal berat badan. Ia juga dapat memberi kesihatan kepada organ otak selain mempunyai sifat anti-radangan dan mempunyai pelbagai lagi kebaikan kepada anda.
Sumber info : https://www.healthline.com/nutrition/11-benefits-of-salmon#section10
AVOCADO
Buah avocado ni sangat femes di Indonesia dimana ia akan dijadikan jus yang dikenali sebagai jus alpukat. Seperti biasa buah ini mempunyai jumlah nutrien yang banyak seperti potasium, fiber, vitamin, garam mineral dan jugak lemak yang sihat. Tahukah anda ia mempunyai jumlah potassium yang lebih tinggi dari pisang padahal pisang sangat terkenal dengan mempunyai kandungan potassium yang tinggi. Memakan avocado dapat mengelakkan kanser serta bagus untuk penglihatan mata kerana ia ada mempunyai anti-oksida.
Sumber : https://www.healthline.com/nutrition/12-proven-benefits-of-avocado#section2
Banyak lagi sebenarnya superfood dan bolehla anda mengamalkan makanan yang telah penulis berkongsi di atas. Setiap makanan mempunyai kelebihan masing-masing dan yang penting sebernarnya terpulang kepada diri kita sendiri untuk menjaga kesihatan tubuh badan serta menguruskan pemakanan kita. Mari la follow page Glamornyo untuk mengetahui pelbagai lagi informasi yang menarik yang akan di kongsi pada masa hadapan.