Rumah ku syurga ku, sebuah peribahasa yang menghuraikan betapa pentingnya keadaan sesebuah rumah jadi kebersihan rumah perlu dititikberat oleh setiap orang. Hari ni penulis nak kongsi beberapa hacks atau tips untuk membersihkan rumah dengan mudah dan menjadikan rumah bersih berkilat. Bahan-bahan pula amat mudah didapati dan penyediaan pula tidaklah rumit.

Tips 1:Elakkan habuk melekat di bilah dan jaring kipas

Bahan-bahan:
-cuka
-pelembut kain
-air
-penyembur

Cara-cara:
1) Bilah dan jaring kipas hendaklah dibersihkan dahulu.
2) Campurkan cuka makanan, pelembut kain dan air ke dalam bekas. Ratio campuran tersebut adalah 1:1:1.
3) Kemudian kacau sehingga sebati dan di masukkan ke dalam penyembur.
4) Semburkan kepada bilah dan jaring kipas dan biarkan selama 5 minit.
5) Selepas 5 minit, jangan lupa lapkan dengan kain yang lembab.
6) Biarkan kering dan siap untuk digunakan,

Nanti boleh semburkan 2 atau 3 bulan sekali. Sekurang-kurangnya dapatlah melambatkan proses habuk tu berkumpul.

Sumber : Alosnida musa,Facebook

Tips 2: Elakkan tahi cicak di tepi tingkap

Bahan-bahan:

-1/3Cuka
-1/3Cecair sabun basuh pinggan
-1/3
-Penyembur


Campurkan kesemua bahan tersebut dan siap untuk digunakan di tepi tingkap mahupun di lantai. Cicak dan semut tidak akan pergi ke tempat yang disembur jadi semburlah di tempat yang cicak suka.

Sumber : Roslina Hashim,Facebook

Tips 3: Lantai yang berkilat selepas mop

Bahan-bahan:
-1 mangkuk kecil cuka
-air panas


Campurkan bahan-bahan tersebut dan siap untuk mop lantai. Hasilnya anda akan mendapati lantai bersih dan berkilat .

Sumber: Google image

Tips 4: Membersihkan stainless steel.

Tahukah anda lemon boleh membersihkan permukaan stainless steel dengan mudah. Kebanyakkan barang dapur diperbuat dari bahan stainless steel seperti singki, pan masakan dan lain-lain maka tips ni sangatlah relevan. Perahan jus lemon sangatlah berkuasa dalam membersihkan kotoran yang degil. Bahan pun tak perlu banyak itu membersihkan kotoran tersebut.

Cara-caranya:

1. Perahkan jus lemon dan sapukan atau spray kepada permukaan yang anda ingin bersihkan.
2. Kemudian basuh dengan air yang bersih.

Jus lemon juga boleh di campurkan dengan soda bikarbonat untuk menghasilkan combo yang dapat membersihkan daki-daki dan kotoran di dapur. Lebihan lemon yang telah di perah itu boleh digunakan untuk menyental sinki atau membelah lemon tersebut sebelum membuangnnya ke dalam tong sampah. Baki lemon yang di buang tersebut boleh mewangikan tong sampah anda, jadi tak la teruk sangat baunya.

Sumber: Google image

Tips 6: Mewangikan rumah

Bahan-bahan:
-1 penutup cuka
-pelembut pakaian

Campurkan kedua-dua bahan kemudian semburkan kepada semua langsir rumah atau mana-mana peralatan rumah yang berfabrik bagi memberikan wangian kepada rumah. Mudahkan, tak perlu menghabiskan duit untuk membeli pewangi rumah.

Sumber: Google image

Harap dengan tips-tips yang telah penulis kongsikan dapat berguna kepada anda semua untuk membersihkan rumah nanti. Tips-tips yang diberi pun simple dan tak perlu masa yang banyak untuk melakukannya. Akhir sekali, jangan lupa follow dan ikuti page Glamornyo ya !

Leave a Comment on TIPS BERSIH RUMAH MUDAH KETIKA BERPUASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *