Sebut saja Dr Noor Hisham, pasti anda mengenali beliau seorang doktor hebat yang bertanggungjawab sebagai Pengarah Kementerian Kesihatan untuk menagani wabak covid 19 yang melanda negara kita. Pada 15 April 2020, beliau telah dinobatkan antara 3 doktor yang terbaik dalam menangani krisis wabak covid 19 oleh China Global Channel Tv Network(GCTV). Sebelum itu, beliau juga telah menyertai kumpulan saintis dunia untuk memerangi Covid 19. Beliau dipuji kerana sentiasa memaparkan imej yang tenang,meyakinkan dan sentiasa sabar ketika menjawab soalan yang diajukan oleh para wartawan ketika sidang media setiap hari pada pukul 5.30 petang. Beliau juga menyalurkan tentang perkembangan pandemik di negara kita berasaskan fakta dan statistik yang benar.Selain Dr Noor Hisham, antara tiga doktor yang terbaik adalah Ketua Kementerian Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield dan pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat Dr Anthony Fauci.

Sumber: New Straits Times

Penulis juga sangat-sangatlah berbangga dengan pencapaian yang Dr Noor Hisham perolehi kerana kewibawaan beliau dapat dilihat pada kaca tv serta melalui akaun social media beliau dalam menyampaikan dan menangani krisis pandemik ini.Setiap petang mesti update tentang keadaan perkembangan covid-19 tanpa tinggal terhadap semua rakyat walaupun mempunyai pelbagai tuugasan lain untuk dijalankan. Beliau juga sentiasa berusaha untuk memastikan kita rakyat Malaysia sentiasa tenang dan terurus dalam menghadapi gelombang covid-19 ni. Selain itu, beliau juga sentiasa update di sosial media tentang berita covid-19 sehingga lewat malam untuk memastikan fakta dan perkembangan negara.

Sumber: Astro awani

Jom kita kenali latar belakang Dr Noor Hisham :

Nama: Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Tarikh Lahir: 21 April 1963

Tempat Lahir: Sepang, Selangor

Pendidikan: Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tarikh Lantikan Pengarah Kesihatan: 1 Mac 2013

Dr Noor Hisham juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia. Tahukah anda, Dr Noor Hisham Abdullah merupakan seorang berketurunan cina yang telah diambil anak angkat oleh keluarga melayu disebabkan faktor kemiskinan hidup. Kemudiannya telah berkahwin dengan anak si keluarga angkat tersebut.

Tahniah atas pengiktirafan yang diberikan kepada Dr Noor Hisham agar dapat sama memerangi krisis wabak covid-19 ni supaya negara tercinta kita bebas dari krisis ini. Beliau sangatlah rendah diri, di mana beliau memberikan respon bahawa pengiktirafan itu bukan untuk diri beliau tetapi untuk negara, kepada polis, tentera, para barisan hadapan dan sebagainya yang turut membantu dalam membendung pembiakkan covid-19 ni.

Hasil: Hafizal Rahmat

Sama-sama kita membantu negara untuk #putuskanrantai#lawancovid# dan #stayathome!

Sumber info:
1)https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677699/dr-noor-hisham-antara-doktor-terbaik-di-dunia-tangani-krisis-covid-19

2) http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/43

3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Noor_Hisham_Abdullah

4) http://www.jelajahmaya.com/latar-belakang-datuk-dr-noor-hisham-abdullah-hero-menangani-covid19-di-malaysia/

Leave a Comment on WOW! BUKAN CALANG-CALANG RUPANYA DR HISHAM NI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *