Pasti semua tahu apa itu aplikasi tiktok yang semakin mendapat perhatian ramai tak kira umur malah internationally semua orang mengetahui aplikasi video tersebut. Di inspirasikan daripada tik tok, maka ramai yang mencuba resepi tersebut.Yang menarik kopi dalgona ni biasanya boleh didapati di café korea tetapi siapa sangka kopi ni boleh di lakukan di rumah sendiri malah bahan-bahan yang diperlukan sangat ringkas.

Sesuai dengan perintah kawalan pergerakan(PKP), masing-masing boleh untuk mencuba resepi kopi ni di rumah. Berikut merupakan resepi kopi dalgona:
Bahan-bahan kopi dalgona/kopi tik tok:
1)Kopi hitam/nescafe
2) Susu segar
3)Gula
4)Air panas
5)Ais
Step:
1. Masukkan dua sudu nescafe ke dalam cawan.
2. Masukkan dua sudu gula.
3. Kemudian dua sudu air panas.
4. Whisk kan campuran tersebut sama ada menggunakan mixer atau manually guna tangan pun boleh sehingga menjadi foamy.
5. Letak ais di dalam cawan lain kemudian tuangkan susu segar mengikut level yang anda mahu.
6. Last but not least, tuangkan kopi foamy tu ke dalam cawan yang mempunyai susu tersebut , siap!
Senangkan nak buat kopi ni. Penulis pun ketagih terjebak buat kopi ni. Selain kopi ini sangat instagramble, ia juga sangat la sedap.

Ada juga yang melakukan penambahbaikan terhadap resepi tersebut untuk menepati citarasa mereka sebagai seorang coffee lover.

Ada juga yang menukar bahan kerana tidak minum kopi tetapi tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti trend tersebut.

Apa-apa pun penulis nasihatkan jangan lupa untuk menjaga kesihatan agar tidak terlalu obsess dengan kopi tersebut sebab ia mengandungi kafein yang tinggi. Jangan di musim covid-19 masing-masing kena diagnose diabetis pulak. Akhir sekali jangan lupa follow page Glamornyo ya untuk mengetahui perkembangan terkini dan menjadi info buddy anda!