Cermin mata mempunyai pelbagai reka bentuk, warna dan jenis jadi bila nak membeli cermin mata ,mesti ada masalah nak memilihnya, ada yang nak ikut trend ada yang nak simple tetapi yang penting kita berpuas hati dengan cermin mata tersebut. Hari ni penulis nak share info tentang pemilihan kaca mata berdasarkan bentuk muka nanti senang la nak pilih cermin mata bila ke kedai.

1) Bentuk muka oval

Sumber gambar: all about vision

Bentuk muka oval ni di kira sebagai salah satu muka yang ideal dan sangat versatile di antara bentuk muka yang lain. Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan mencari bingkai kaca mata yang luas seperti luas muka anda. Reka bentuk yang sesuai dengan bentuk muka ini adalah:

-segi empat sama
-segi empat tak sama
– berbentuk geometric

2) Bentuk muka heart

Sumber gambar: all about vision

Bagi anda yang mempunyai bentuk muka sebegini dimana ia lebar di dahi dan mempunyai dahu yang kecik. Jadi carilah bingkai yang lebar sikit dari muka dan mempunyai pangkalan bingkai yang bulat(round-bases) untuk mengimbangi kelebaran muka. Selain itu, cermin mata yang simple dan plain amat disarankan untuk mereka yang mempunyai bentuk muka ini.

3) Bentuk muka bulat

Sumber gambar: all about vision

Bentuk muka bulat mempunyai lengkungan yang lembut dan bentuk pipi yang senang untuk dinampak oleh orang lain. Oleh itu, mereka yang mempunyai bentuk ini disarankan untuk tidak memilih bingkai kaca mata yang berbentuk bulat dan kecik agar tidak tenggelam. Benda pertama yang perlu diutamakan adalah dengan menambah lengkungan(angle) kepada muka anda. Jadi bingkai yang mempunyai lengkungan seperti segi empat tepat dapat menonjolkan muka anda.

4) Bentuk muka segi empat sama

Sumber gambar: all about vision

Bagi mereka yang mempunyai bentuk muka segi empat sama, mereka mempunyai lebar yang paling besar di dahi dan mempunyai jawline yang paling ketara. Oleh itu, mereka sesuai untuk memakai bingkai berbentuk oval dan kanta yang berbentuk bulat. Hal ini dapat menonjolkan muka mereka dengan memakai kaca mata yang kontra kepada bentuk muka mereka.

5) Bentuk muka berlian (diamond)

Sumber gambar: all about vision

Muka bentuk muka berlian merupakan bentuk muka yang paling jarang, di mana ia kecik di dahi dan kecik di jawline. Jadi bagi pemakaian kaca mata di bentuk ini adalah dengan bingkai rim yg tidak penuh atau bingkai yang berbentuk oval.

Berikut merupakan huraian untuk memilih kaca mata berdasarkan bentuk muka so nanti senanglah anda nak pilih supaya nampak trendy dan sesuai terletak di muka. Jangan lupa share kepada kawan-kawan dan ikuti perkembangan dan perkongsian info hanya di page Glamornyo!

Sumber perkongsian :

https://www.allaboutvision.com/eyeglasses/eyeglasses_shape_color_analysis.htm
https://www.eyebuydirect.com/guides/frames-and-face-shapes
https://www.coastal.com/thelook/glasses-for-face-shape/

Leave a Comment on PANDUAN MEMILIH SPEC MATA MENGIKUT BENTUK MUKA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *