Baru-baru ini tular di media sosial tentang satu potret Dr Noor Hisham yang dihasilkan oleh seorang peminat seni yang bernama Choong Chee Leong atau di kenali sebagai Ahguu. Dia telah menghasilkannya dan telah di muatnaik ke akaun Instagram untuk menunjukkan hasil selain menunjukkan proses pembuatan potret tersebut melaui sebuah video. Yang paling menariknya tentang potret tersebut, ia hanya menggunakan skru untuk menghasilkan potret tersebut. Di kapsyen Ahguu, potret ini dikhaskan untuk Dr Noor Hisham sebagai tanda penghargaan atas kewibawaan beliau dalam menangani krisis covid-19 yang melanda negara kita dan akan juga menghadiahkan potret tersebut kepada Dr Noor Hisham. Bilangan skru yang digunakan dalam menghasilkan potret tersebut adalah sebanyak 4219 dan hanya dua bahan yang digunakan untuk menghasilkan seni tersebut iaitu skru dan screwdriver.Dahsyatkan, bagaimana Ahguu boleh menghasilkan potret tersebut dengan hanya menggunakan skru jika dibandingkan biasanya potret akan dilukis dan diwarnakan.

Melalui temubual oleh Malaymail, Ahguu menyatakan setiap skru perlu tepat pada tempatnya untuk memastikan wajah yang dihasilkan adalah Dr Noor Hisham dan jika tidak ia akan menyerupai orang lain. Selama dua minggu masa yang diperlukan untuk menyiapkan potret tersebut. Melalui akaun Instagram Ahguu juga, penulis dapat melihat bahawa dia seorang yang suka seni dan pandai menghasilkan “artwork”.

Selain itu, Ahguu juga pernah menghasilkan potret bekas pemain badminton negara iaitu Dr Lee Chong Wei dengan menggunakan dua bahan iaitu paku dan tali. Kreatif gila! Bilangan paku yang digunakan pula adalah sebanyak 1900 dan panjang tali pula adalah lapan km untuk menghasilkan potret yang kreatif ini. Bestkan kalau jadi orang kreatif, skru dan paku pun boleh dijadikan seni. Haa kalau dah baca sampai sini, marilah like page Glamornyo ni!

Sumber perkongsian: https://www.thevocket.com/artis-tempatan-ini-lukis-potret-dr-noor-hisham-menggunakan-lebih-4000-skru/

Leave a Comment on POTRET DR NOOR HISHAM DIHASILKAN DENGAN 4219 SKRU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *