Setelah dua bulan rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah di sebabkan krisis covid 19, para frontliners pula terutamanya staff KKM yang bertungkus-lumus dalam menyelamatkan negara daripada penularan wabak tersebut. Jika dibandingkan dengan kita yang disuruh untuk duduk di rumah yang selesa dan mempunyai masa yang lapang, terbalik pulak situasi bagi staff KKM yang berjuang di hospital. Mereka yang berhempas pulas sehingga tidak dapat pulang ke rumah ,jumpa keluarga malah ada yang terpaksa bermalam di hospital disebabkan menggalas tugas yang amat penting.
Sumber: Google image
Bilangan pesakit covid-19 juga makin hari makin berkurangan dan ini juga menunjukkan perkembangan positif terhadap negara kita. Selain itu ia juga menjadi salah sebab kenapa PKP di dilonggarkan dan menjadi kini menjadi PKPB. Baru-baru ni melalui sidang media, Dr Noor Hisham telah menyatakan bahawa staff KKM akan diberikan cuti rehat dalam semingggu dua lagi selepas 5 bulan bekerja siang dan malam tak berhenti-henti tanpa mengenali hari minggu dan hari bekerja.Selain itu, bilangan pesakit yang ditempatkan di wad biasa dan wad ICU juga menunjukkan penurunan sekali gus dapat memberi laluan kepada staff KKM untuk diberikan time-off secara bergilir-gilir.
Sumber: Google image
Penulis pun amat bersetuju dengan keputusan Dr Noor Hisham kerana staff KKM merupakan manusia juga. Mereka yang sudah menghabiskan masa dan bersusah payah memastikan pandemik covid-19 ini dapat ditangani. Mereka yang sanggup mengambil risiko untuk mengubati para pesakit covid-19 agar dapat dipulihkan berbanding dengan kita yang selesa di rumah dan kemudian merungut pula apabila diarahkan untuk mematuhi PKP ni.
Walaupun kita sekarang di fasa PKPB, haruslah kita sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial dimana sahaja dan sentiasa menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer. Akhir sekali, jangan lupa like page Glamornyo ya!!
Sumber perkongsian: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/574936/petugas-kesihatan-diberi-cuti-rehat-minggu-depan-metrotv