Siapa sangka dengan memuat naik video masak ke youtube mendapat perhatian warga netizen, dan juga menjadi internet sensasi sehingga sampai ke antarabangsa. Sugu Pavithra, nama yang tidak asing dan terus menjadi tumpuan warga netizen. Pada awalnya niat Sugu hanyalah untuk memuat naik video masakan secara suka-suka, malah video yang dirakam hanyalah menggunakan telefon pintar. Dan hari ini, channel youtube mereka mempunyai sebanyaki 548,000 pengikut .

Sumber gambar: Google image

Apa yang menariknya tentang video masakan oleh Sugu Pavithra ni? Jawapannya walaupun Pavithra berbangsa India tetapi dia fasih bercakap Bahasa melayu ketika menerangkan resepi masakannya. Kerana kefasihan dalam berbahasa melayu, Pavithra berjaya menambat hati orang ramai dan mengapa Pavithra memilih Bahasa melayu sebagai medium komunikasi adalah supaya ia mudah dipahami oleh majoriti rakyat Malaysia. Selain itu, bahan dan perkakas untuk masak pula simple dan tidak memerlukan perkakas yang canggih.

Hasil daripada video masakan mereka, ramai pengikut youtube channel yang menghadiahkan Pavithra peralatan dapur seperti mixer, pressure cooker dan ketuhar yang Pavithra tidak pernah memiliki seumur hidupnya.Mereka juga ada menerima bahan mentah dapur untuk meneruskan video masakan.Video masakan mereka juga berjaya menambat hati para youtubers antarabangsa dimana ada pasangan Jepun yang mengikuti resepi kari ayam Pavithra.

Selain itu,baru-baru ini Pavithra menerima hadiah istimewa daripada Perdana Menteri dan antaranya adalah tripod,ketuhar mikro elektronik dan lain-lain. Pavithra juga menerima kad daripada Perdana Menteri menyatakan “keep up the good work, stay at home”.

Sumber gambar: Google image

Apabila habis je PKPB, perkara pertama yang mereka mahukan adalah untuk menjemput Perdana Menteri untuk merasai masakan Pavithra walaupun ia agak mustahil tetapi ini merupakan hasrat Pavithra untuk membalas jasa beliau.

Pada bulan lepas Pavithra juga menerima surat dari Google bahawa mereka akan dibayar gaji dalam mata wang Dollar Amerika Syarikat.Wow hebatkan , hanya kerana muatnaik video di Youtube boleh menjana pendapatan dan jumlah gaji pula banyak bukannya sikit. Ramai berpendapat bahawa pasangan ini perlu di contohi kerana penonton video mereka mendapati bahawa mereka merupakan pasangan yang ikhlas dan sangat merendah diri.

Sumber perkongsian:

1)https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/579377/saya-nak-jemput-pm-ke-rumah-pavithra

2) https://iluminasi.com/bm/biodata-youtuber-resipi-sugu-pavithra.html

Leave a Comment on TUAH SUGU PAVITHRA KONGSI RESEPI DI YOUTUBE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *