Jom wangikan rumah…MIn GlamorNyo belek2 baca di internet dan jumpa 4 tips ni. So samasama kita amalkan ramai2. Good luck you all 🤣🤣

1. KILATKAN LANTAI RUMAH

Bahan-Bahan: Satu penutup pencuci lantai,Cuka,Air panas Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

2. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

Bahan-Bahan:1 penutup pelembut fabrik,10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

3.WANGIKAN RUMAH

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya. Bahan-Bahan:1 penutup pelembut fabrik, Cuka Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.SEGARKAN BILIK AIR

Bahan-Bahan:1 sudu kecil teh soda bikarbonat, 1 sudu teh cuka, 1 cawan air Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum. Selamat Mencuba 😊

Leave a Comment on DIY PEWANGI UNTUK RUMAH KEKAL WANGI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *