Kali ini MIn Glamornyo nak menulis mengenai cerita fakta dan juga seram. Sebut saja nama segi tiga bermuda atau segi tiga syaitan, maka ramai lah yang tahu tentang tempat ini, sangat misteri yang sehingga menjadi bualan ramai orang sehingga kini. Terletak di bahagian barat laut Alantik utara dan mendapat nama sempena nama negara Bermuda.

Tiga tempat yang menjadi titik segi tiga ini iaitu Florida, Bermuda dan Puerto Rico, kawasan ini menjadi misteri sehingga ke hari ini kerana dilaporkan ramai yang hilang secara tiba-tiba. Apakah misteri itu? Mari kita rungkai..

Tidak terlepas juga bila ada yang mengatakan kawasan tersebut menjadi misteri kerana kerajaan Atlantis berada dikawasan tersebut. Kawasan segi tiga ini juga merupakan antara kawasan laluan kapal yang tersibuk didunia yang menghala ke Amerika dan benua Eropah. Dilaporkan sebanyak 300 kapal, 75 buah kapal terbang dan 1000 mangsa dilaporkan hilang tanpa jejak. Sangat misteri.

Mengikut kajian yang dibuat, antara faktor misteri kehilangan banyak kapal dan kapal terbang secara tiba tiba itu dikaitkan dengan keadaan arus teluk itu sendiri, arusnya yang sekuat 6 knot membantu untuk melumpuhkan kapal yang berlayar di kawasan tersebut. Malah ada teori yang mengatakan keadaan cuaca disitu tidak elok.

ini bermakna kawasan perairan disekitar segi tiga bermuda seringkali mengalami cuaca buruk yang mungkin menyebabkan faktor kenapa banyak kapal terbang terhempas. Ada saintis membuat kajian dan mengatakan kawasan segi tiga ini merupakan kawasan yang sering kali dilanda ribut taufan.

Salah satu kapal terbang yang paling terkenal dilaporkan hilang di kawasan tersebut ialah penerbangan 19. Pada tahun 1945 sekumpulan 5 kapal terbang milik tentera Amerika Syarikat telah hilang secara tiba tiba, malah kapal terbang yang menyertai misi menyelamat turut dilaporkan hilang, kapten kapal terbang tersebut sempat menghubungi bilik kawalan dengan memberitahu mereka keliru dan tidak tahu dimana mereka berada kerana kompas mereka dikatakan menjadi gila.

Terdapat pendapat mengatakan apabila memasuki kawasan tersebut, maka segala kelengkapan elektronik tidak berfungsi, kompas juga dikatakan berpusing tidak tentu seolah olah ada kuasa ghaib yang menganggu kawasan tersebut. Mengikut kajian yang telah dibuat, saintis mendapati Bermuda pada waktu ketika dahulu mempunyai sebuah gunung berapi, magma yang mengalir keluar ke permukaan bumi menyebabkan berlakunya gangguan magnetik sehingga mampu mengacau kompas, tidak pasti sama ada boleh menganggu kompas digital yang terdapat pada telefon pintar.

Ada juga berpendapat dibawah laut segi tiga bermuda, ada semacam buih buih methane yang menyebabkan air laut berbuih yang boleh mengakibatkan kapal terperangkap didalam nya. Malah ada juga yang mengatakan ombak raksasa secara tiba tiba datang menghentam kapal kapal yang berada di lautan tersebut.

Saintis dari Universiti Colorado di Amerika Syarikat meneliti radar pada kawasan segi tiga tersebut dan mendapati awan berbentuk hexagon terbentuk dikawasan itu yang disifatkan sebagai bom udara yang meniup selaju 170 batu sejam dan boleh mengakibatkan ombak besar, mana mana kapal dan kapal terbang tidak mampu untuk menghadapi tekanan, ombak dan angin sekuat itu.

Sungguh pun misteri ini sukar diungkap walaupun saintis telah membuat kajian yang lengkap berkenaan kejadian paranormal ini, masih banyak lagi misteri yang belum terjawap kerana lautan di bumi masih banyak lagi yang menyimpan rahsia dan belum diterokai secara meluas oleh saintis.

Leave a Comment on MISTERI DISEBALIK KEHILANGAN TANPA JEJAK. SEGITIGA BERMUDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *