Mesti pernah tengok takpun mesti pernah ada pinggan yang mempunyai corak sebegini dan mempunyai warna yang sangat terang. Pada 1 June 2020, pihak Public Health Malaysia telah mengeluarkan notis bahawa pinggan tersebut tidak selamat untuk di diletakkan makanan. Dalam posting tersebut ia ada menyatakan bahawa ia mempunyai bahan plumbum sebagai bahan utama dalam pembuatan pinggan tersebut.
Sumber: Google Image
Bahan plumbum ni selalu digunakan dalam proses pembuatan pinggan yang bercorak dan bewarna-warni yang terang dan ia sebenarnya sangat berbahaya kepada kesihatan terutamanya kanak-kanak, wanita bersalin dan bayi yang belum lahir. Hasil daripada penggunaan pinggan tersebut boleh menyebabkan plumbum akan terkumpul di dalam badan dan walaupun ia dalam jumlah yang sedikit ia akan dapat memberi kesan yang buruk kepada kesihatan.
Antara ciri pinggan yang selamat untuk disajikan makanan adalah :
– Warna tersebut bewarna putih
– Kedudukan corak tersebut di bawah atau luar pinggan.
Sumber: Public Health Malaysia, Facebook
Siapa sangka sebenarnya pinggan yang cantik ni boleh memudaratkan kesihatan. Pihak KKM juga ada menyatakan jika boleh elakkan penggunaan pinggan ini untuk penyajian makanan sebaiknya dijadikan sebagai hiasan sahaja.
Jika anda mahu menggunakan pinggan tersebut boleh tetapi hendak patuh beberapa cadangan daripada KKM:
– Elakkan menggunakan pinggan tersebut untuk makanan yang panas.
– Dilarang sama sekali untuk masuk ke dalam ketuhar atau microwave.
– Makanan yang berasid seperti tomato, limau , jus dan lain di larang untuk diletakkan di atas pinggan tersebut.
-Jangan hidangkan makanan menggunakan pinggan tersebut kepada kanak-kanak atau wanita hamil.
-Ketika membasuh pinggan tersebut elakkan menyental pinggan tersebut dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan sekaligus akan menyebabkan kebocoran plumbum.
Sumber: Google Image
Fuh banyaknya pantang larang kalau nak gunakan pinggan tersebut, nampaknya memang pinggan ini sememangnya tempat dia hanyalah hiasan dan bukanlah untuk meletakkan makanan. Jangan lupa tekan butang follow tu di page Glamornyo ya untuk mengetahui pelbagai lagi informasi yang menarik!
Sumber perkongsian: Public Health Malaysia, Facebook