Biasanya tanaman atau sebut je pokok mesti kita ingat perlu di letakkan di luar rumah kan, mana ada letak tanaman di dalam rumah. Tahukah anda sebenarnya ada juga tanaman yang mampu hidup di dalam rumah dan bestnya lagi dapat membersihkan udara di dalam rumah selain dijadikan dekorasi yang cantik.

1.Pokok Lidah Mentua (Sansevieria Plant)

Pokok ini dikenali dengan banyak nama seperti pokok lidah jin, pokok lidah mentu dan lain-lain. Ia sebenarnya pembekal oksigen kepada udara dan dapat bertahan pada suhu yang baik serta menjadi penapis udara semula jadi kerana dapat menghilangkan toksik seperti formaldehid, xilen dan toluene dari udara tau. Nak jaga pokok ni pulak sangat lah senang, ia tidak perlu untuk disiram hari-hari dan pokok ini perlukan sinaran matahari juga jadi boleh la letak dekat dengan sumber pencahayaan matahari.
2. Pokok Lelabah (Spider Plant)

Ada kajian yang telah dijalankan oleh NASA bahawa pokok ini mampu menyerap racun di udara sebanyak 90-95%, hebatkan! Penjagaan pokok ini juga sangat senang dan tidak perlu disiram tiap-tiap hari pun. Pokok ini menyerap toksik diudara kemudian menghantar ke bahagian akar dan ia akan dijadikan makanan kepada mikrob serta menyahtoksikan dia.
3. Pokok Aloe Vera

Bukan sahaja pokok ini dapat memberikan kebaikan hanya di aloe vera tetapi ia juga dapat membantu untuk menapis toksik-toksik di udara. Ia juga dapat membekalkan oksigen serta menyerap karbon monoksida,karbon dioksida dan formaldehid. Kalau boleh letak pokok in jauh dari kanak-kanak kerana ia mempunyai duri dan boleh mencederakan jika tidak di letakkan di tempat yang betul.
4. Sirih Gading ( Devil’s Ivy)

Pokok ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan sangat mudah untuk pokok ini membesar.Pokok Sirih gading ini sentiasa kelihatan cantik sama ada ditanam dalam keadaan tergantung atau di dalam pasu. Ia juga berkesan untuk membuang formaldehid, xilen, dan benzene yang boleh didapati di udara. Oleh itu, ia dapat membersihkan udara dan menjaga persekitaran yang segar.
5. Pakis Boston(Boston Fern)

Pokok ni bukan sahaja dapat menyingkir toksik di udara malah dapat meningkatkan kelembapan dengan mengembalikan kelembapan udara secara semulajadi. Boleh la letak dalam bilik tidur ke, kulit pun nanti tak kering bila ada poko Pakis Boston ni.
Banyak lagi pokok yang sebenarnya dapat membersihkan udara di dalam rumah, jadi boleh la korang beli pokok yang telah disenaraikan tersebut. Jimat wang tak perlu membeli air purifier yang mahal sedangkan kita mempunyai pilihan yang lain dengan tujuan yang sama. Akhir sekali jangan lupa like page Glamornyo untuk dapatkan pelbagai lagi info menarik ya!
Sumber perkongsian:
1) https://www.interflora.ie/blog/houseplants-to-improve-your-health/#:~:text=With%20its%20mass%20of%20lush,to%20the%20air%20naturally%20too
2) https://siraplimau.com/7-jenis-tanaman-ini-sebenarnya-boleh-bersihkan-udara-dalam-rumah-anda/
3) https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2020/01/531819/menapis-udara-kotor