Sememangnya ibu hamil amatlah menitik beratkan tentang kandungan mereka apatah lagi naluri seorang ibu yang risau akan keadaan semasa yang dikira akan menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan. Ditambah lagi dengan khabar angin tentang risiko keguguran akibat daripada virus ini. Namun begitu, janganlah anda terburu-buru dalam mempercayai khabar angin tersebut tanpa soal selidik. Jadi, apa yang ibu hamil perlu tahu dan laksanakan?

Sumber: bharian.com

Kehamilan tidak meningkatkan risiko jangkitan virus COVID-19 dan mereka juga tidak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjangkiti virus ini. Setakat sekarang, kajian mendapati warga emas yang mempunyai masalah kronik yang lebih berisiko tinggi dijangkiti virus ini. Selain itu, tiada sebarang bukti kukuh yang boleh membuktikan bahawa jangkitan virus ini boleh menyebabkan risiko keguguran dan kecacatan semenjak dari kandungan lagi.

Sumber: theasianparent.com

Walaubagaimanapun, hal ini tidak bermaksud bahawa wanita hamil mempunyai imuniti yang dapat menghalang daripada dijangkiti virus ini. Jika tidak menjaga kebersihan seperti kurang mencuci tangan dan membersihkan permukaan objek serta kerap menyentuh mata, hidung dan mulut, ibu hamil juga masih berisiko untuk dijangkiti virus. Maka, kekalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air jika ada. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa mencuci tangan. Gunakan penutup mulut dan hidung sekiranya anda tidak sihat. jika anda mengalami sebarang gejala, jangan berlengah dan dapatkan saringan serta jalani ujian penilaian risiko. Kebanyakan wanita hamil tidak akan mengalami sebarang gejala. Hanya sebilangan kecil yang akan menunjukkan simptom ringan termasuklah demam atau batuk.

Dalam erti kata yang lain, ibu hamil juga harus mematuhi langkah-langkah pencegahan yang dianjurkan oleh pihak kesihatan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus COVID-19 seperti individu-individu lain.

Sumber: twitter

Anda tidak perlu risau jika anda mengamalkan langkah-langkah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan COVID-19. Bersama kita mencegah penularan virus COVID-19

Leave a Comment on APA YANG IBU HAMIL PERLU TAHU KETIKA WABAK COVID-19?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *