Sumber insta : @syaifulnazreen

Kali ini Miss GlamorNyo nak share dan kongsi sikit satu ilham dari seorang rakyat
malaysia, iaitu Saiful dalam menghias rumah.Demi menghasilkan konsep hasil
inspirasi daripada internet ini, Dia mengambil masa sebulan untuk menggabungkan
tema Scandinavia yang dipadankan dengan warna Beige, hasilnya…menakjubkan!
Jom teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.Bagi anda yang tertanya-tanya
apa itu tema Scandinavia, ia adalah bermaksud konsep hiasan dalaman yang
mempunyai karakter minimalis, ringkas dan berfungsi secara praktikal. Tema
Scandinavia ini juga mengutamakan penggunaan elemen alam semula jadi.

Meskipun tidak mempunya latar belakang hiasan dalaman, namun beliau yang
berkerja di kedai konsep Jepun, Muji.Dia mengambil inspirasi daripada Pinterest.

“Kebanyakan barang dibeli daripada Ikea, SSF, dan Lee Wah (untuk hiasan
tumbuhan kering). Inspirasi ini kebanyakannya terdapat di internet. Daripada sana,
saya mendapat ilham untuk mencuba dan menggabungkan elemen ini dengan idea
saya sendiri” katanya.

Bukan itu sahaja, tema Scandinavia ini juga turut dipadankan dengan warna pilihan
Syaiful sendiri iaitu warna Beige. Tambahnya, warna Beige adalah antara warna
yang sesuai dengan mana-mana ubahsuai bilik dan hasilnya pasti tak
mengecewakan.

Pemilihan warna tema jadi peranan penting!

Apabila bercakap tentang tema, Syaiful menekankan bahawa pemilihan warna
adalah sangat penting untuk menghasilkan tema bilik ini. Beliau yang menggemari
rona Beige kerana ia menghasilkan suasana yang suam dan selesa dan ia mudah
untuk digabungkan dengan warna putih.

Ruang tamu juga mempunyai tema yang sama dengan bilik tidur
Syaiful.

Buat para pembaca Glamornyo, warna bilik atau rumah adalah sangat penting
dalam menentukan mood kita. Untuk pengetahuan anda warna Beige atau kuning air
ini sering dikaitkan dengan mood ketenangan seolah-olah berada di tepi pantai. Best
kan bila kita habis je kerja rasa happy nak balik rumah sebab itu rumah kena ada
konsep dan tema yang menenangkan mengikut citarasa masing-masing. Jadi Jom
Hias Rumah!

Leave a Comment on MENGKAGUMKAN! CARA LELAKI BUJANG INI HIAS RUMAH TEMA BARAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *