SUMBER: FACEBOOK KOLEKSI BARANGAN MILO YPI
Kalau cakap mengenai produk minuman ni siapa yang tak kenal kan? Minuman segera
berperisa coklat iaitu MILO. Dalam kita tak Sedar sudah lebih 70 tahun jenama MILO
bertapak di Malaysia. Berjaya menjadi pilihan sepanjang bertapak membuatkan jenama ini
cukup sinonim di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak dan remaja.
Pada kali ini, tular sebuah individu iaitu Mohd Yusof Ali yang lebih dikenali sebagai
‘Miloman’ berikutan kegilaan beliau dalam mengumpul barangan keluaran MILO bermula
daripada model terbaru sehinggalah kepada barangan keluaran tahun 1950.
Hobi yang dimulakan sejak 15 tahun lalu ini pada mulanya sekadar suka-suka nampaknya
telah menjadi semakin serius setelah beliau memperuntukkan ruangan khas untuk meletak
koleksi berharganya.
Bagaimana hobi ‘Miloman’ bermula
Mengulas mengenai bagaimana beliau mula terjebak dengan hobi ini, beliau mengatakan
kegilaan mengumpul barangan keluaran MILO adalah sebahagian daripada memori yang
dikongsikan bersama arwah ayahnya.
Kongsinya lagi, sekitar tahun 1980, pengedar minuman MILO akan singgah ke kedai runcit
ayahnya untuk mengedarkan pek minuman MILO. Menariknya, jenama ini sering kali
hadiah dengan penawaran hadiah menarik yang terdiri daripada kotak pensel dan bekas air.
Menginjak dewasa, beliau mula sedar jenama ini telah mengumpul banyak nostalgia buat
dirinya seterusnya mulai mengumpul lebih banyak barangan keluaran MILO. Siapa sangka,
beliau kini merupakan antara pengumpul barangan keluaran MILO terbesar di Malaysia
merangkumi 1,000 jenis barang.
Tidak hanya mengumpul barangan keluaran MILO, beliau kini turut aktif sebagai ahli group
Facebook Kelab Peminat Barangan MILO Malaysia . Group ini kini telah berjaya mengumpul
lebih 6,000 ahli dimana orang ramai berpeluang berkongsi serta menjual barangan keluaran
MILO serata negara.
Beliau juga dikatakan turut menjalankan perjumpaan bersama peminat barangan MILO
yang lain di galeri MILO rumahnya.
Mengulas mengenai pelan jangka masa panjang hobinya, Mohd Yusof Ali mengatakan beliau
tidak mempunyai perancangan untuk berhenti daripada mengumpul barangan keluaran
MILO setakat ini. Beliau juga dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM40,000 terhadap
hobinya setakat ini.