Sumber : Buletin TTKM
Nampaknya Malaysia masih tidak puas dengan bangunan tinggi-tinggi.
Menara Merdeka PNB 118 masih lagi dalam pembinaan dengan ketinggian 656 meter
(ketinggian rasmi masih dirahsiakan). Bakal menjadi menara paling tinggi di Malaysia dan
Asia Tenggara. Namun, rekod tersebut bakal ditandingi oleh sebuah lagi menara baru
iaitu Tower M, akan dibina menjelang 2030. Mesti netizen fikir ‘M’ tersebut merujuk
kepada perdana menteri kita, Tun Mahathir Mohamad atau Malaysia, kan? Salah.
Ianya merujuk kepada lot tanah yang akan dibangunkan Tower M tersebut iaitu Lot M.
Ini akan menjadi sebuah lagi bangunan megatall di Malaysia dengan ketinggian 700
meter dan mempunyai 145 tingkat. Bakal dibangunkan bersebelah stesen MRT KLCC
Timur, Jalan Binjai di Kuala Lumpur. Sekiranya perancangan berjalan lancar, maka
Malaysia akan mempunyai sebuah lagi bangunan ikonik.
Malaysia sekarang berada dalam kedudukan ke 10 dunia dengan bandar bangunan
berketinggian lebih 100 meter paling banyak. Jika digabungkan, keseluruhannya akan
menjadi 34,035 meter.