Sumber: mstar.com

Sedang negara-negara luar masih berada didalam krisis wabak COVID-19, Malaysia
kini sudah berada didalam fasa pemulihan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
masih menegaskan agar orang ramai sentiasa mematuhi Standard Operating
Procedure (SOP) yang telah ditetapkan dan membiasakan diri dengan normal baharu
selepas penularan wabak ini. Namun begitu, baru-baru ini kita dikejutkan dengan
peningkatan jumlah positif COVID-19. Akan tetapi peningkatan kes ini bukanlah secara
drastik dan berjumlah hanya satu ke dua angka. KKM tidak menafikan, Malaysia
berkemungkinan besar akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakkan
(PKP) apabila jumlah kes meningkat sebanyak tiga angka

Pemakaian topeng muka adalah digalakkan terutamanya bagi mereka yang mempunyai
simptom seperti batuk, demam dan selesema. Namun begitu, bermula 1 Ogos 2020,
pemakaian topeng muka adalah diwajibkan sebagai langkah pencegahan daripada
dijangkiti virus COVID-19. Pelbagai jenis topeng muka digunakan oleh orang ramai.
Tidak kurang hebatnya, ada di antara mereka yang memakai topeng muka buatan
sendiri dengan disulami manik sebagai perhiasan. Kreatif sungguh rakyat Malaysia
sebenarnya. Persoalannya, adakan topeng muka buatan sendiri ini efektif bagi
menghalang virus COVID-19?

Sebelum menjawab persoalan yang timbul, mari kita kenali jenis-jenis topeng muka
terlebih dahulu. Secara amnya, terdapat empat jenis topeng muka iaitu topeng muka
fabrik, sponge, surgical mask dan topeng muka N95.

● Topeng muka fabrik diperbuat daripada kain dan menjadi pilihan kerana mudah
dipakai dan mempunyai pelbagai corak. Namun, ia tidak menapis sebarang
partikel atau virus.
● Topeng muka sponge juga tidak menapis sebarang partikel atau virus
● Surgical mask digunakan oleh doktor untuk terlindung daripada cecair dan
titisan besar. Namun, ianya kurang efektif dalam menapis partikel udara kecil.
● Topeng N95 berpotensi untuk menapis partikel sehingga 95% dan topeng jenis
ini dipakai oleh doktor yang merawat pesakit positif COVID-19.
Topeng muka fabrik/sponge tidaklah efektif kerana, ianya memiliki tahap kelembapan
yang tinggi, menjadi medium pembiakan kuman dan boleh ditembusi partikel kecil.
Namun begitu, Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
kementeriannya tidak akan menghalang orang ramai daripada memakai penutup muka
buatan sendiri selagi tidak mengendalikan atau berkontak rapat dengan pesakit
COVID-19. Namun, pengendalian terperinci perlu dilakukan jika seseorang ingin terus
memakai topeng muka jenis fabrik ini termasuklah

  1. Pemakaian tidak melebihi 3 jam
  2. Pastikan anda membasuh dengan bersih serta menjemur topeng muka tersebut
  3. Tidak meletakkan topeng muka tersebut di merata-rata tempat
    Akhir kata, haruslah sentiasa beringat untuk mengamalkan kebersihan topeng muka.
    Kita jaga kita !

Leave a Comment on ADAKAH TOPENG MUKA (FACE MASK) BUATAN SENDIRI SELAMAT DIGUNAKAN?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *