Sumber: vradiofm.com

Masalah jerawat merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan golongan
remaja dan dewasa. Masalah ini mampu mengganggu emosi dan menggugat
keyakinan diri bagi sesiapa yang mengalaminya. Tetapi janganlah anda runsing dan
bersedih mahupun merasa rendah diri kerana setiap masalah pasti ada jalan
penyelesaiannya dan setiap penyakit pasti ada penawarnya. Sebelum anda cuba untuk
menangani masalah jerawat ini, sebaiknya anda mempunyai sedikit pengetahuan
mengenai jenis jerawat pada muka anda.
Terdapat 7 jenis jerawat pada muka termasuklah
1) Bintik hitam atau “blackhead”
2) Bintik putih atau “whitehead”
3) Pustula
4) Papula
5) Nodul
6) Kista atau jerawat batu
7) Mechanica

Sumber: cosmopolitan.com

Bintik hitam atau “blackhead” juga dikenali sebagai komedo terbuka merupakan jenis
jerawat pada bahagian hidung, pipi dan terutamanya dagu. Jerawat ini berpunca
daripada pori-pori folikel rambut yang terbuka dan dipenuhi dengan sebum (minyak
semula jadi yang dihasilkan oleh kulit) dan sel kulit mati. Warna hitam ini bukanlah
disebabkan oleh sisa-sisa tetapi ianya disebabkan oleh melanin yang terdedah kepada
oksigen.


Bintik putih atau “whitehead” merupakan jenis jerawat di bahagian pipi, bawah mata
dan terutamanya dahi. Punca jerawat ini adalah kerana pori-pori folikel rambut yang
tertutup kerana tersumbat dengan sebum dan sel kulit mati seterusnya menyebabkan
gumpalan putih di permukaan kulit. Jerawat jenis ini tidak meradang serta tidak
menyebabkan kesakitan.


Jerawat pustula terhasil kerana jangkitan bakteria terhadap bintik putih atau
“whitehead” . Jerawat jenis ini akan meradang dan menyebabkan kesakitan serta
kemerahan pada kulit. Pori tertutup yang dijangkiti bakteria ini akan menghasilkan
nanah. Namun, anda dinasihatkan agar tidak memicitnya kerana risiko jangkitan kuman
lain adalah tinggi dan proses pemulihan kulit akan terganggu.


Jerawat papula sering terkeliru dengan jerawat pustula. Jerawat papula tidak
mengandungi nanah dan ianya kelihatan seakan-akan gigitan nyamuk yang bersifat
bintik merah kecil. Namun, ini tidak bermaksud anda boleh memicitnya kerana
keradangan akan berlaku dan akan meninggalkan parut.


Jerawat nodul bersaiz lebih besar dan lebih keras. Pada peringkat awal, anda akan
merasakan kesakitan di satu kawasan sahaja dan tidak dapat berasa benjolan tersebut.
Saiznya akan bertambah secara perlahan, kadang kala muncul hanya selepas
berbulan-bulan. Jerawat jenis ini berisiko untuk tumbuh semula walaupun sudah kecut
dan ianya akan meninggalkan parut jika tidak dirawat dengan betul.


Jerawat kista atau jerawat batu adalah jerawat yang paling teruk berbanding jerawat
nodul. Jerawat jenis ini mengandungi cecair atau nanah dan lebih lembut berbanding
jerawat nodul. Ianya akan pecah dan cecair yang lendir akan menjejaskan kulit di
sekeliling dan jerawat akan tersebar ke kawasan lain serta berisiko untuk terdedah
pada jangkitan bakteria.


Jerawat mechanica sering terjadi terutamanya pada atlet kerana ianya berpunca
daripada panas berlebihan, tekanan, sentuhan atau gesekan kulit. Jerawat ini boleh
berlaku di mana sahaja samada di muka mahupun badan seperti bahu atau punggung.
Oleh itu, kebersihan diri adalah sangat penting di mana atlet dinasihatkan supaya tidak
mandi kerbau selepas bersukan.


Sekarang pasti anda sudah mengetahui jenis jerawat dimuka anda bukan? Jenis
jerawat perlu diketahui terlebih dahulu kerana rawatan bagi setiap jenis adalah berbeza.
Bagi jerawat yang lebih ringan, terdapat beberapa pilihan ubat yang boleh digunakan
seperti Benzoyl Peroxidase, Salicylic acid atau Retinol. Bagi jerawat yang sudah
dijangkiti bakteria, antibiotik akan diberikan untuk membasmi kuman dahulu sebelum
merawat jerawat. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk bertemu dengan pengamal
perubatan yang diikhtiraf bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis ubat yang
bersesuaian dengan anda.

Semestinya ramai yang tertanya-tanya tentang petua untuk menghilangkan jerawat.
Sebagai seorang yang mempunyai sedikit ilmu mengenai perubatan, saya lebih yakin
dengan keputusan penyeli

Leave a Comment on KENALI 7 JENIS JERAWAT DI MUKA DAN CARA RAWATANNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *