Sumber: majalahpama.my

Penyakit kuning atau lebih dikenali sebagai jaundice merupakan sebuah keadaan di
mana kulit badan, sklera mata dan mukosa pada mulut berwarna kuning. Jaundice ini
bukan sahaja dialami oleh bayi tetapi juga boleh dialami oleh kanak-kanak mahupun
orang dewasa.
Jaundice berlaku disebabkan oleh kuantiti bilirubin yang berlebihan di dalam badan.
Bilirubin merupakan sebuah pigmen yang dihasilkan apabila sel darah merah pecah.
Bagi individu sihat, bilirubin yang berlebihan akan dibuang oleh organ hati. Akan tetapi
jika individu yang mempunyai masalah yang melibatkan organ hati dan pundi hempedu,
bilirubin tidak dapat dibuang. Bilirubin yang berlebihan akan mendorong kepada
tanda-tanda jaundice seperti

  1. Kulit berwarna kuning
  2. Sklera (bahagian putih mata) berwarna kuning
  3. Mukosa mulut dan hidung berwarna kuning
  4. Kegatalan kulit
  5. Najis berwarna pudar
  6. Air kencing berwarna coklat gelap
    Secara amnya, penyebab jaundice dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu ‘pre-hepatic’,
    ‘intra-hepatic’ serta ‘post hepatic’. Kebanyakan orang dewasa mengalami masalah
    jaundice yang disebabkan oleh masalah ‘intra-hepatic’ atau ‘post hepatic’, manakala
    kanak-kanak atau bayi disebabkan oleh masalah ‘pre-hepatic’.
    Namun begitu, jaundice yang dialami oleh kebanyakan bayi yang baru lahir adalah
    normal dan dikenali sebagai ‘ physiological jaundice ’. Bagi bayi, proses ini normal
    kerana sel darah merah melalui proses transformasi selepas dilahirkan dan ini
    menyebabkan pelepasan bilirubin. Bacaan normal bagi jaundice bayi ialah kurang
    daripada 5 mg/dL. Sebarang bacaan lebih daripada 5 mg/dL dianggap sebagai
    jaundice.
    Antara penyebab jaundice pada bayi termasuklah
    1) Bilirubin yang berlebihan dalam darah disebabkan oleh ‘ physiological
    jaundice ’ . Hal ini kerana organ hati masih belum dapat berfungsi dengan
    sempurna untuk membuang bilirubin berlebihan. Ia dikenali sebagai
    ‘physiological jaundice’ kerana ianya akan berlaku 24 jam selepas bayi dilahirkan
    dan beransur pulih dalam jangka masa seminggu ke dua minggu.
    2) Jaundice susu ibu berlaku apabila bayi tidak mendapat susu ibu yang
    mencukupi. Jadi, bayi tersebut haruslah diberikan susu ibu secara lebih
    konsisten supaya dapat meredakan jaundice. Dalam bahasa Inggeris terdapat
    dua istilah yang hampir sama iaitu ‘breast milk jaundice’ dan ‘breastfeeding
    jaundice’. Artikel ini merujuk kepada istilah ‘breastfeeding jaundice’.
    3) Bayi yang mempunyai masalah dengan sistem penghadaman mendorong
    pengumpulan bilirubin secara berlebihan kerana ianya tidak dapat dihadamkan.
    4) Masalah demam kuning ini juga timbul apabila ibu dan anak memiliki
    kumpulan darah ‘rhesus’ yang berlainan . Ianya sangat merbahaya dan harus
    diperiksa dengan teliti agar langkah pencegahan dapat dilakukan bagi mengelak
    masalah yang tidak diingini.
Sumber: murnialysa.com

Cara merawat bayi jaundice ini ialah dengan fototerapi. Fototerapi adalah mesin yang
memancarkan cahaya UV berwarna biru dan membantu memecahkan bilirubin
berlebihan di dalam badan sekali gus menghilangkan warna kekuningan pada kulit bayi.
Dalam masa beberapa hari sahaja, masalah jaundice ini akan pulih dan bayi boleh
dibawa pulang ke rumah.


Jadi, bagi para ibu yang baru sahaja melahirkan anak, anda tidak perlu risau jika anak
anda mempunyai gejala jaundice. Bertenang dan bawa anak anda berjumpa pakar
perubatan yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Leave a Comment on KETAHUI PUNCA DAN TANDA-TANDA BAYI YANG MENGALAMI PENYAKIT DEMAM KUNING (JAUNDICE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *