Sumber: Twitter

Berbalik kepada asas,Kebiasaan manusia normal memerlukan tidur yang cukup selama tujuh hingga lapan jam sehari untuk kekal sihat secara mental dan fizikal. Jika bercakap mengenai tidur yang berkualiti, semakin kita meningkat dewasa, kita semakin sukar mendapatkan tidur yang berkualiti. Terdapat pelbagai sebab yang menyumbang ke arah ini dan salah satu daripadanya adalah warna bilik anda sendiri.

Kali ini Miss GlamorNyo nak share tips untuk dapat tidur yang berkualiti. Mari kita mula  bercakap mengenai Warna bilik dan keadaan sekeliling yang sangat mempengaruhi emosi dan kualiti tidur kita. Warna sangat mempengaruhi mood anda, dan mood anda akan menentukan kualiti tidur.Jika anda sedar, ketika mood kita dalam keadaan marah dan tertekan, memang susah untuk tidur. Tetapi ketika sedang bertenang, anda begitu mudah sekali tertidur bukan?

Ini adalah warna-warna bilik yang boleh mempengaruhi kualiti tidur anda.

Biru :Warna terbaik untuk tidur nyenyak

Sumber: Pinterest

Biru adalah warna yang sememangnya pilihan untuk bilik tidur anda. Warna ini dikaitkan dengan elemen ketenangan dan mudah ditafsirkan oleh otak manusia dan juga sel penerima yang terdapat pada retina mata anda. Jika sel ini mengesan warna biru, ia secara automatik akan menghantar mesej kepada otak bahawa anda berada dalam persekitaran yang tenang di samping merendahkan tekanan jantung dan kadar tekanan darah.

Menurut satu kajian yang dijalankan di United Kingdom terhadap 2,000 bilik dan hotel yang menggunakan warna biru, rekod tidur berkualiti selama 7 jam 52 minit direkodkan dan paling lama berbanding warna lain. Bukan itu sahaja, menurut kajian dari Travelodge, 60% pemilik bilik yang berwarna biru bangun dalam mood yang gembira dan ceria.

Warna lain untuk tidur yang berkualiti

Jika anda tidak gemarkan warna biru, tiada masalah. Minat dan personaliti kita semestinya berbeza-beza. Terdapat juga warna lain selain biru yang mempunyai kesan yang agak sama dengan biru. Antaranya adalah…

Kuning

Sumber: Pinterest

Dalam kajian yang sama, pemilik bilik berwarna kuning mencatatkan tidur selama 7 jam 40 minit. Warna ini mencatatkan tempat kedua sebagai warna yang paling mempengaruhi mood dan kualiti tidur anda.

Walaupun warna ini sering kali digunakan di ruangan seperti dapur, jangan risau kerana tidak semuanya negatif untuk warna kuning. Dalam proses terapi Chemo, warna kuning dipercayai mampu merangsang saraf tubuh.

Tips: Bayi lebih mudah berasa tertekan dan mudah menangis dalam di dalam bilik berwarna kuning

Hijau

Sumber: Pinterest

Bagi mereka yang gemarkan warna hijau pula, waktu tidur yang direkodkan adalah di tempat ketiga dengan 7 jam 36 minit. Menurut kajian ini juga, mereka yang mempunyai bilik berwarna hijau lebih mudah bangun daripada tidur dengan mood yang lebih positif.

Gabungan warna pastel yang kini menjadi pilihan ramai, ia juga sesuai untuk bilik bujang ataupun mereka yang dah berkeluarga.

Pada pendapat kami, ada sebab mengapa kita berasa lebih tenang apabila berada di kawasan yang mempunyai banyak pokok dan tumbuhan hijau, sama seperti warna biru.

APA LAGI? Jom Hias bilik tidur anda dengan warna2 contoh yang diberikan.

Leave a Comment on 3 warna yang mempengaruhi kualiti tidur anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *