Sumber gambar : https://www.nytimes.com/2020/08/28/movies/chadwick-boseman-reaction.html

Pada 28 Ogos, kita dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon Marvel atau lebih dikenali sebagai Black Panther. Pelakon Black Panther atau nama sebenarnya Chadwick Boseman, menghidap penyakit kanser usus dan bertarung nyawa selama 4 tahun. Oleh itu mari kita kenali beberapa simptom kanser usus supaya rawatan dapat diterima dengan cepat.

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, kanser usus merupakan antara kanser utama di kalangan lelaki manakala yang kedua selepas kanser payudara bagi wanita. Antara gejala yang di senaraikan oleh KKM tersebut adalah:

  1. Sering  rasa ingin ke tandas
  2. Keadaan najis kita berdarah
  3. Perut sentiasa tidak rasa selesa
  4. Kemunculan bengkak atau ketulan di perut

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), Facebook

Di bawah merupakan penjelasan bagi simptom kanser usus:

  1. Penurunan berat yang tidak dapat dijelaskan
Sumber gambar : https://indianexpress.com/article/lifestyle/fitness/looking-to-lose-weight-heres-how-walking-after-meals-can-help-6393416/

Ini terjadi kerana ketika sel-sel kanser membiak, immuniti badan akan bekerja keras untuk melawan sel-sel tersebut. Oleh itu, tenaga yang digunakan akan banyak oleh itu penurunan berat badan akan terjadi. Jadi apabila, kita sedar penurunan berat badan secara drastik, jangan ambil mudah tau!

2. Sakit dan kejang perut yang berpanjangan

Sumber gambar : https://www.medicalnewstoday.com/articles/325078

Kalau perut seringĀ  rasa kejang,kembung atau tidak selesa, juga boleh dijadikan tanda awal bagi kanser perut dan perlu mendapatkan pemeriksaan dari doktor.

3. Kerap lesu dan rasa lemah

Sumber: https://www.resmed.com/en-us/sleep-apnea/sleep-blog/why-am-i-always-tired/

Kadang bila kehadiran penurunan berat badan, badan akan terasa mudah penat dan tidak bermaya. Hal ini kerana, immuniti badan kita sedang melawan sel-sel kanser yang telah mencerobohi badan kita

4. Perubahan sistem pembuangan air besar dari badan

Sumber : https://www.verywellfamily.com/constipation-symptoms-2633456


Pembuangan air besar sangat penting kerana ia mempunyai kunci untuk mengetahui apa yang berlaku dengan badan kita terutamanya usus badan. Perubahan yang dimaksudkan sama ada kekerapan untuk membuang atau konsistensi(cair,cirit-birit, sembelit) najis tersebut.

Jadi jangan pandang remeh terhadap perubahan yang berlaku di badan kita kerana ia sangat lah penting untuk mengetahui tahap kesihatan badan. Mencegah lebih baik daripada merawat! Ambik tindakan awal jika ada ada gejala-gejala tersebut ya!

Sumber perkongsian: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/512800/simptom-gejala-kanser-kolorektal

Leave a Comment on SIMPTOM KANSER USUS YANG PERLU ANDA KETAHUI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *