Pernah anda terfikir dimana barang-barang terpakai dirumah anda boleh diubah suai untuk dekorasi rumah. Siapa kata menghias rumah perlukan belanja yang mahal dan banyak? Anda hanya perlu jadi kreatif dan cuba lihat barang disekeliling , anda dapat menukar rumah anda yang biasa-biasa menjadi sesuatu yang akan diingati oleh tetamu.

Jom Miss GlamorNyo tunjukkan caranya. Ikuti 7 dekorasi yang mungkin anda tidak percaya.

1. Penahan buku atau book stopper sebagai rak buku tergantung.

Jika penahan buku sebelum ini digunakan di atas rak buku untuk menahan buku. Kali ini mungkin anda tidak pernah terfikir dimana penahan buku juga boleh di DIY dijadikan sebagai rak buku tergantung. Ikut langkah dibawah ya.

2. ‘Cetak’ gambar ke atas sekeping kayu.

Jika frame gambar yang anda lihat sebelum ni biasa. Kali ini mesti anda tak pernah terfikir untuk DIY frame kayu macam ni. Cara nya mudah sahaja.

1.Cari frame kayu yang sizenya sama seperti size gambar anda.

2.Sapu rata gam di frame kayu dikeseluruhan bahagian depan.

3. Lekatkan gambar dan sapu rata supaya buih-buih gam keluar.

4. Dan biarkan ia kering semalam.

5.Langkah akhir adalah ambik kain basah dan lap ke seluruhan gambar dan anda akan lihat gambar anda akan tercetak di kayu.

3. Rak buku dengan dua batang tangga dan beberapa batang papan.

Rak buku ini agak simple tetapi boleh digunakan semasa terdesak atau jika anda memang suka konsep yang macam ini. Boleh digunakan semasa anda sedang mengemas bilik atau tengah renovate rumah.

4. Sofa ringkas daripada palet kayu.

Sofa ini mungkin nampak simple tetapi sangat practical dimana ia boleh diubah-ubah kesudut kesukaan anda dan paling penting ia murah dan mudah dibuat.

5. Rak basikal daripada palet kayu.

6. Penyangkut baju menjadi penyangkut kasut.

Masih ingat penyangkut baju besi yang sekarang ini mungkin sudah susah nak dapat sebab sekarang semua sudah menggunakan material plastic. Jika anda masih ada penyangkut baju besi lama yang sudah tidak dipakai mungkin anda boleh ikut gambar dibawah untuk jadikan penyangkut kasut pula.

7. Penutup tingkap lama menjadi pemegang surat.

Leave a Comment on 7 Idea DIY dekorasi rumah dari bahan terpakai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *