Pie GIF - Find & Share on GIPHY

Hi semua kali ini miss GlamorNyo nak share resepi chicken pot pie yang sedap bersama kerak yang rangup dan  sangat senang serta mudah untuk disediakan. Kalau dilihat dari luar,Chicken pot pie ni nampak macam susah nak buat tapi sebenarnya senang je. Bahan-bahan intinya pula terpulang kepada citarasa masing-masing nak letak apa. Yang penting mesti secukup rasa. Sebenarnya, lebih sedap kalau korang gunakan stock ayam yang dibuat sendiri tapi untuk resepi kali ini saya guna yang segera je. Huhu. Whipping cream pula boleh digantikan dengan susu penuh krim. Tapi rasa whipping cream lebih sedap berbanding guna susu.

Yang pertama,Anda hendaklah biarkan inti ayam sejuk sebelum dimasukkan ke dalam acuan pie. Boleh gunakan acuan pie yang besar ataupun kecil dan bakar sehingga keperangan bergantung kepada oven masing-masing.


Sumber: Youtube @buatoranglapo

Disini miss GlamorNyo nak share video daripada youtuber saluran Buat Orang Lapo. yang  mengkongsikan cara untuk membuat pie crust ini.Pie crust ni boleh dibuat lebih awal dan disimpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Ianya tahan sehingga 2-3 minggu. Ia juga boleh digunakan untuk membuat pie yang lain seperti blueberry pie, apple pie dan sebagainya. Penggunaan telur dalam crust ni supaya rasanya lebih mewah. Jika tidak mahu menggunakan telur, boleh lebihkan air sejuk. Jangan letak terlalu banyak air untuk mengelakkan crust sukar untuk di uli. Ok, apa tunggu lagi jom kita buat resepi ni. Selamat mencuba!

Bahan-bahan chicken pot pie:

Bahan pie crust:

  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1 sb Gula Aising
  • 200 gm Mentega (Sejuk)
  • 1 biji Telur
  • 2-3 sb Air Sejuk

Bahan ayam:

  • 250 gm Isi Ayam
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam

Bahan inti:

  • 3 sb Mentega
  • 1/2 biji Bawang Holland
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 3 sb Tepung Gandum
  • 1 cawan Kentang
  • 1 cawan Lobak Merah
  • 1 1/2 cawan Air
  • 1 sk Herba Itali
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1 sk Garam
  • 1 kiub Stok Ayam
  • 1 cawan Kacang Pea
  • 1/2 cawan Krim Putar Tenusu

Cara-cara untuk membuat Chicken Pot Pie:

  1. Masukkan tepung gandum dan gula aising ke dalam mangkuk, kacau sebentar. Tambahkan mentega sejuk dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air sejuk dan uli adunan sehingga menjadi doh.
  3. Bungkus doh dengan plastik wrap dan sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
  4. Sementara itu, boleh sediakan intinya pula.
  5. Goreng isi ayam dengan garam dan serbuk lada hitam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Masukkan mentega di dalam kuali serta bawang holland tumiskan sehingga naik bau.
  7. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sedikit kering kemudian tambahkan sedikit air.
  8. Selepas itu masukkan kentang dan lobak merah.
  9. Tambah air lagi, masukkan pula herba itali, serbuk lada hitam, garam serta kiub ayam. Kacau sehingga rata dan masukkan pula kacang pea.
  10. Masukkan krim putar tenusu serta ayam yang telah di goreng tadi dan masak sehingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  11. Seterusnya, keluarkan doh yang telah disejukkan tadi.
  12. Canai doh lebih kurang setebal 5mm. Masukkan ke dalam acuan pai dan bentukkan mengikut acuan.
  13. Masukkan inti ayam ke dalam acuan. Kemudian lapiskan 1 lagi lapisan doh ke atas acuan secara berselang seli. Kemaskan sekelilingnya supaya inti tidak melimpah keluar. Boleh rujuk video di atas.
  14. Sapukan telur ke atas pie crust.
  15. Bakar pada suhu 200°C selama 30 hingga 35 minit atau sehingga keperangan. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: buatoranglapo

Leave a Comment on Chicken Pot Pie Sedap Dan Cara Membuat Pie Crust Rangup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *