Majlis resepsi Mira Filzah dan pasangannya, Wan Emir telah berlangsung pada 3 September 2020. Majlis yang dilihat cukup gah itu membuatkan ramai terpesona. Bagai pinang dibelah uda. Bak kata orang perkahwinan Mira Filzah memang ‘perfect‘. Dari pelamin, baju, makeup semuanya terapi dan cantik.
Paling menarik perhatian adalah persalinan gaun yang dipakai pelakon terkenal itu di majlis semalam. Rekaan baju resepsi Mira Filzah direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Fiziwoo atau nama sebenarnya Hafizi Radzi Woo .Diinspirasikan dari Arabesque konsep yang merupakan sebuah elemen asas seni Islam.
Pakaian ‘haute’ untuk seorang yang ‘haute’ ✨
Apa itu Haute?
Haute bermaksud high-class, manakala couture bermaksud ‘highly handmade’, iaitu lebih kurang 60% pakaian adalah dijahit secara tangan, bukan menggunakan mesin.
Seperti yang anda lihat, di sebalik tabir pembikinan pakaian majlis resepsi Mira Filzah dari Fiziwoo ini, perincian yang dihasilkan adalah rekaan sendiri. Bukan beli kain yang dah siap berlace dan manik yang terjual di kedai kain. Bentuk hiasan ini terdiri daripada hiasan permukaan berdasarkan corak linier berirama menggulung dan menjalin dedaunan, sulur atau garis polos. Corak ini sering digabungkan dengan unsur-unsur lain. Fuh memang hebat. Patutlah sampai 20 hari nak siapkan!
Istilahnya ‘made from scratch’ adalah bermula dari lakaran design, dipindahkan pada fabrik, dijahit sulaman benang, sulaman manik dan jemeki satu persatu menggunakan tangan. Baju yang dihasilkan pula adalah mengikut saiz badan sang pemakai dan bukan saiz orang lain. Barang yang digunakan juga sudah tentu berkualiti tinggi.
Sebab itu ia layak dilabel ‘haute couture’.
Sekiranya kita mahu ‘claim’ ‘haute’ & ‘couture’, proses pembuatan juga harus selari. Bukan sembarangan boleh gunakan istilah ini.Tahniah kepada FIZIWOO kerana menghasilkan pakaian yang hebat dan selamat pengantin baru juga buat Mira Filzah ❤️